gkp.hasil.gov.my :CARA DAFTAR LOGIN PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS GKP 4.0
Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 kepada 1 juta usahawan.
Bagaimana cara permohonan GKP 4.0? Bagaimana cara semakan GKP 4.0? di sini kami akan kongsikan caranya.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan bagi memohon GKP 4.0 masih belum diumumkan oleh LHDN secara rasmi. Berikut dikongsikan syarat GKP yang sebelum ini:
- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
CARA PERMOHONAN BARU GKP 4.0
Bagi permohonon baru, Permohonan boleh dibuat secara dalam talian
- Layari portal GKP: gkp.hasil.gov.my
- Masukkan no kad pengenalan anda.
- Daftar akaun baru jika anda pemohon kali pertama(ikuti arahan selanjutnya)
- Bagi pengguna sedia ada, Anda tekan Log Masuk
- Kemaskini maklumat anda
- Kemudian tekan hantar
- selesai
CARA LOGIN GKP
Setalah anda selesai membuat permohonan, anda sudah boleh login akaun GKP anda. Berikut adalah cara login:
- Layari portal GKP: gkp.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk yang berada di bucu atas pada paparan utama
- Masukkan no Kad Pengenalan anda dan tekan semak
- Pastikan kata kunci keselamatan anda tertera, klik ya
- Masukkan Kata Lalaun anda, klik Log Masuk
- Anda telah berja login akaun anda untuk membuat semakan dan kemaskini
CARA SEMAKAN GKP 4.0
Bagi penerima GKP 1.0 2.0 & 3.0, Anda boleh membuat semakan permohonan secara dalam talian
- Layari portal GKP: gkp.hasil.gov.my
- Masukkan no kad pengenalan anda
- Sahkan Catcha yang tertera
- Kemudian tekan Semak
- Keputusan semakan anda akan terpapar
- Selesai
SOALAN LAZIM
Bila boleh mohon GKP 4.0?
- Masih belum ada tarikh rasmi yang dikeluarkan. Namun, dijangkan permohonan GKP 4.0 akan dibuka sekitar bulan Julai 2021.
Berapa amaun bantuan GKP 4.0 yang boleh dimohon?
- Bayaran Tambahan bagi Geran Khas Prihatin 4.0 ini adalah RM1,000 sahaja.
Bila tarikh pembayaran GKP 4.0?
- Bayaran GKP 4.0 akan dibuat dua kali iaitu:
- Bayaran pertama sebanyak RM500, akan dibayar pada bulan September 2021
- Bayaran kedua sebanyak RM500, akan dibayar pada bulan November 2021
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri di pauatan http://www.hasil.gov.my/
ARTIKEL LAIN
AKAUN GKP DISEKAT: (Macam Mana Nak Login Kalau Kena Sekat?)
1 thought on “gkp.hasil.gov.my :CARA DAFTAR LOGIN PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS GKP 4.0”