AKAUN GKP DISEKAT: (Macam Mana Nak Login Kalau Kena Sekat?)
Sebagai persedian kepada proses pendaftaran GKP 2021,perlu pemohon ambil maklum tentang cara login dan kemaskini Geran Khas Prihatin.
Tetapi bagaimana sekiranya akaun GKP saya disekat? Apa perlu saya buat? Disini kami kongsikan caranya.
APA ITU GKP
Pemberian GKP iaitu pembayaran bantuan yan akan dikreditkan secara one-off atau sekali bayaran ini dijangka memberikan manfaat kepada ribu PKS mikro di seluruh negara. Yang menariknya lagi, geran ini adalah berbeza dengan pinjaman iaitu anda tidak perlu membayar kembali geran/dana tersebut kerana ini bukanlah pembiayaan.
CARA ATASI AKAUN GKP DISEKAT
Kepada pengguna GKP, sekiranya telah tersilap menjawab soalan keselamatan akan terpapar paparan mesej “Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali.
Anda boleh cuba semula selepas 10 minit”. Jika anda masih lupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan anda boleh cuba cara di bawah:
Anda boleh menghubungi talian Hotline BPR 1-800-88-2747
Hadir ke LHDNM untuk set semula akaun GKP.
Selepas akauan anda diset semula, anda perlu mendaftar semula GKP dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.
CARA DAFTAR GKP
Untuk log masuk kali pertama GKP, anda perlu mendaftar GKP terlebih dahulu seperti berikut:
- Klik Menu GKP: https://gkp.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Maklumat Keselamatan, anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
- Jawab 5 Soalan yang disediakan
- Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
- Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
- Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
- Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
- Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu GKP”. Anda boleh Log Masuk GKP
CARA LOGIN BPR
Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran GKP, Log Masuk GKP adalah seperti berikut:
- Klik GKP: https://gkp.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
SOALAN LAZIM
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya status pembayaran GKP?
Sekiranya status pembayaran adalah Gagal Kredit, tuan perlu mengemaskini maklumat Akaun Bank Simpanan Peribadi atau Akaun Bank Semasa Peribadi di menu Kemas kini No. Akaun pada Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my/).
Akaun bank yang dikemaskini hendaklah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan), berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak mempunyai akaun bank selain dari akaun bank yang telah saya daftarkan pada permohonan?
Pemohon dikehendaki untuk membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut dan akaun bank itu adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai status pembayaran GKP?
Sebarang pertanyaan mengenai status pembayaran GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
ARTIKEL LAIN
gkp.hasil.gov.my :CARA DAFTAR LOGIN PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS GKP 4.0
2 thoughts on “AKAUN GKP DISEKAT: (Macam Mana Nak Login Kalau Kena Sekat?)”