RESEPI & CARA MASAK NASI KERABU KELANTAN

RESEPI & CARA MASAK NASI KERABU KELANTAN

RESEPI & CARA MASAK NASI KERABU KELANTAN

Berikut adalah RESEPI & CARA MASAK NASI KERABU KELANTAN

RESEPI & CARA MASAK NASI KERABU KELANTAN

KUAH SAMBAL TUMIS NASI KERABU

SENARAI BAHAN BUAT KUAH

  • 10 cili kering
  • 3 ulas bwg merah
  • 1 biji bwg besar
  • 1/2 labu bwg putih
  • 1/2 inci halia
  • 200 gm santan pekat
  • 3 batang serai – ketuk
  • 2 keping asam keping@bancuhan pes asam jawa
  • 1 1/2 sb gula
  • 2 sk garam bukit halus
  • 2 sb budu
  • Minyak masak *agak-agak

CARA BUAT KUAH SAMBAL TUMIS NASI KERABU

  • Kisar cili, bawang bawang dan halia.
  • Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
  • Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

SAMBAL IKAN NASI KERABU

SENARAI BAHAN UNTUK BUAT SAMBAL IKAN NASI KERABU

  • 1 biji kelapa parut – goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
  • 7 ekor ikan sardin – rebus, ambil isi & tumbuk
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 batang serai
  • 2 1/2 sb gula
  • 2 1/2 sk garam

CARA BUAT SAMBAL IKAN NASI KERABU

Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Sambal Cili

1/2 kg cili – basuh

Garam*

Gula*

Belacan*

Asam jawa*

Limau nipis/cuka*

Kisar kesemuanya.

SENARAI ULAM –ULAMAN NASI KERABU

  • Kubis
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Bunga kantan

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.

NASI KERABU

  • 5 1/2 pot beras
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
  • 2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

BAHAN-BAHAN LAIN

  • Keropok goreng
  • Telur masin
  • Bawang putih jeruk

Nak masak apa hari ini ? Ini senarai resepi dan cara masak yang mudah dan ringkas sahaja.

Nasi Tomato

Ayam Masak Rose Wangi

Ketupat Sotong

1 thought on “RESEPI & CARA MASAK NASI KERABU KELANTAN”

Leave a Comment