RESEPI DAN CARA BUAT KETUPAT SOTONG
Nama KETUPAT sotong agak ganjil sebenarnya , tetapi ia dianggap sebagai hidangan pencuci mulut atau hidangan di waktu petang bagi masyarakat Pantai Timur.
Jika anda tengok daripada segi rupa, ianya kelihatan agak remeh untuk disediakan. Namun sebenarnya ketupat sotong amat mudah disediakan. Ianya hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.
Jika sebelum ini sotong lebih sinonim dengan pelbagai masakan seperti goreng, bakar dan gulai. Apa kata kali ini anda mencuba resepi ketupat sotong dengan menggunakan resepi dan cara buat ketupat sotong yang kami kongsikan ini.
SENARAI BAHAN DIPERLUKAN UNTUK BUAT KETUPAT SOTONG
- 10 ekor Sotong (asingkan kepala dan badan
- 1 1/2 Cawan Beras pulut direndam selama 2-3jam
- 1 cawan santan
- 3-4 helai Daun pandan dicarik dan disimpul
- 2-3 Keping Gula [email protected]
- 2 Sudu Besar Gula Pasir
- 1 Sudu kecil Garam
CARA BUAT/MASAK KETUPAT SOTONG
-Rendam beras pulut sekejap bersama santan dan sedikit garam.
-Masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan dicuci bersih.
-Masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan tekankan sedikit. Kemudian dicucuk dengan lidi bagi mengemaskannya.
-Susun dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan dan sedikit garam. Kemudian masukkan gula melaka dan gula. Masak 10-15minit sahaja jangan terlalu lama untuk elakkan sotong menjadi liat.
Siap untuk dihidangkan. Sendukkan ketupat sotong bersama sedikit kuah di dalam pinggan.
Selamat Mencuba
SENARAI RESEPI & CARA MASAK TERBAIK, JOM CUBA
