PERMOHONAN PROGRAM REKTRUTMEN USAHAWAN PEKEBUN KECIL RISDA(Borang)

PERMOHONAN PROGRAM REKTRUTMEN USAHAWAN PEKEBUN KECIL RISDA(Borang)

REKTRUTMEN RISDA

Kepada usahawan pekebun kecil risda yang ingin membuat permohonan bantuan, kini RISDA telah memperkenalkan satu Program Rektrutmen Risda Usahawan Pekebun Kecil RISDA 2023. Bagi yang berkelayakan boleh membuat permohonan. Di sini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM REKTRUTMENUSAHAWAN PEKEBUN KECIL RISDA

Program ini adalah satu program ini dibentuk bagi memantapkan sistem permohonan program keusahawan yang lebih bersistematik dan memudahkan pengenalpastian calon ushawan yang berkelayakan serta menepati syarat-syarat ditetapkan.

 

TAKRIFAN PEKEBUN KECIL

Berikut adlaah merupakan takrifan pekebun kecil:

  • Pekebun Kecil
    • Pemilik Tanah yang jumlah keluasan kurang daripada 40 Hektar, bertanam getah dan berdaftar menyertai program/projek pembangunan RISDA
  • Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha)
    • Pekebun Kecil Getah memiliki tanah, mengurus dan mengusahakan tanahnya sendiri.
  • Ahli Isi Rumah (AIR)
    • Ahli keluarga kepada Pekebun Kecil yang terdiri daripada sama ada suami/isteri atau anak terutamanya yang tinggal serumah dengan Pekebun Kecil.

 

SYARAT & KELAYAKAN PROGRAM REKTRUTMEN USAHAWAN PEKEBUN KECIL RISDA

Berikut adalah merupakan syarat dan kelayakan untuk membuat permohonan program ini:

  1. Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil Getah (pemilik pengusaha) atau Ahli Isi Rumah (isteri / suami / anak – keutamaan yang tinggal serumah) warganegara Malaysia yang berdaftar dengan RISDA dalam Sistem Statistik Pekebun Kecil (e-SPeK). Sekiranya belum didaftarkan, pemohon perlu didaftarkan di Pusat Tanggungjawab
  2. Keutamaan kepada peserta yang menyertai program tanam semula.
  3. Keutamaan kepada pemohon yang berpendapatan kurang daripada RM4,395 sebulan sekeluarga (Kategori B40).
  4. Keutamaan juga untuk mereka yang berumur antara 18-60 tahun dan mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang perniagaan yang hendak diceburi.
  5. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus sama ada asas / modal insan / teknikal dan kemahiran yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan perniagaan.
  6. Berkemampuan menjalanakan bisnes / perniagaan secara separuh atau sepenuh masa dan berupaya mencapai sasaran mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  7. Semua usahawan yang layak akan dipilih melalui proses rekrutmen RISDA.

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM REKTRUTMEN USAHAWAN PEKEBUN KECIL RISDA

Kepada usahawan Pekebun Kecil yang layak boleh membuatpermohonan seperti berikut:

Permohonan atas talian

  1. Layari pautan https://rekrutmenrisda.borang.my/user/login
  2. Sebagai pengguna baru anda hendaklah daftar terlebih dahulu dengan klik pada Daftar.
  3. Log masuk akaun anda untuk membuat permohonan.

Hadir ke Pejabat RISDA

  • Permohonan juga boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat RISDA terdekat dengtan anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui lagi maklumat lanjut mengenai Program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA 2022, anda boleh merujuk

 

ARTIKEL LAIN

mysejahtera.malaysia.gov.my(Cara Pendaftaran Perniagaan di MySejahtera dan Buat QR Code)

2 thoughts on “PERMOHONAN PROGRAM REKTRUTMEN USAHAWAN PEKEBUN KECIL RISDA(Borang)”

Leave a Comment