i-BERMUSIM SELANGOR (Permohonan Pinjaman Peniaga India Sempena Deepavali)

i-BERMUSIM SELANGOR (Permohonan Pinjaman Peniaga India Sempena Deepavali)

i-BERMUSIM SELANGOR

Kepada para penjaja dan peniaga komuniti India di Negeri Selangor yang akan berniaga di Bazar Deepavali atau berniaga di rumah, kini Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan satu pinjaman khas i-Bermusim. Kepada usahawan komuniti india yang berminat untuk membuat permohonan, disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM i-BERMUSIM SELANGOR

Skim i-Bermusim menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan kepada individu yang memerlukan modal pusingan perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan jenis bermusim seperti musim perayaan dan gerai buah-buahan bermusim

i-Bermusim Selangor ialah pinjaman khusus kepada para penjaja dan peniaga komuniti India Selangor yang akan berniaga di Bazar Deepavali termasuk mereka yang berniaga di rumah. Inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor ini diwujudkan untuk mengurangkan beban para peniaga terutamanya mereka yang memerlukan modal tambahan atau sebarang kegunaan yang lain.

 

TEMPOH PERMOHONAN i-BERMUSIM 

  • Tempoh permohonan bermula 12 September 2022 sehingga 14 Oktober 2022.

 

SYARAT PINJAMAN I-BERMUSIM SELANGOR

Berikut adlaah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan pinjaman khas ini iaitu:

  • Boleh dipohon oleh warga Selangor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 10 tahun.
  • Jumlah pinjaman yang boleh dipohon adalah RM1,000 hingga RM20,000 bagi yang berniaga di Bazar Deepavali (perlu mengemukakan dokumen sokongan).
  • Had pinjaman sehingga RM5,000 sahaja bagi peniaga yang berniaga selain Bazar Deepavali.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 25 minggu atau enam bulan (mana-mana yang lebih pendek).
  • Bayaran balik secara mingguan sahaja.

 

JUMLAH PINJAMAN i-BERMUSIM SELANGOR

Berikut adalah merupakan jumlah pinjaman yang ditawarkan bagi pinjaman ini iaitu:

  • Peniaga bazar: Pinjaman RM1,000 hingga RM20,000
  • Peniaga selain bazar: Pinjaman maksimum sehingga RM5,000 sahaja.

 

DOKUMEN PERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen diperlukan seperti berikut untuk dimuat naik semasa membuat permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • 2 keping gambar berukuran passport pemohon.
  • Salinan lesen perniagaan (SSM/permit/salinan perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi).
  • Salinan penyata akaun bank atau muka depan buku akaun bank.
  • Gambar peniagaan.
  • Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal.

 

CARA PERMOHONAN i-BERMUSIM SELANGOR

Kepada usahawa komuniti India yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan permohonan: http://mikrokredit.selangor.gov.my
  2. Pada menu utama klik pada Create Account
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat dan klik Submit.
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk.
  5. Seterusnya isikan dengan lengkap maklumat permohonan yang diperlukan
  6. Muat naik dokumen permohonan yang diperlukan.
  7. Setelah lengakap, klik pada Hantar permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai i-Bermusim Selangor, sila layari website rasmi Hijrah Selangor

 

ARTIKEL LAIN

CARA LAPOR KEROSAKAN JALAN SELANGOR GUNA TWITTER (Ambil Gambar & Hashtag)

1 thought on “i-BERMUSIM SELANGOR (Permohonan Pinjaman Peniaga India Sempena Deepavali)”

Leave a Comment