mysejahtera.malaysia.gov.my(Cara Pendaftaran Perniagaan di MySejahtera dan Buat QR Code)
Kepada peniaga yang mempunyai kedai atau premis perniagaan,anda haruslah daftar perniagaan anda dlm Mysejahtera. Ini kerana pendaftaran untuk perniagaan adalah tidak sama dengan rpendaftaran untuk individu.
APA ITU MYSEJAHTERA
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
CARA DAFTAR PERNIAGAAN DALAM MYSEJAHTERA
Untuk permulaan, anda haruslah daftar perniagaan anda di MySejahtera terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi MySejahtera (Android/IOS) atau website MySejahter: mysejahtera.malaysia.gov.my
- Pada paparan utama, klik pada Register MySejahtera > MySejahtera Check In
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia seperti:
- Country code: Malaysia (Bermula dengan kod +60)
- Nombor telefon
- Tick pada I’m not a robot
- Pilih gambar yang terpapar (cari padanan gambar)
- Tekan Verify kemudian Tekan butang Register
- Masukkan no OTP yang anda terima melalui SMS untuk proses verifikasi kemudian tekan Submit
- Kemudian anda dikehendaki untuk masukkan maklumat perniagaan anda:
- User Name
- Business Name
- Contact Name
- Current Address/Postcode/State
- Setelah lengkap semuanya tekan Submit.
- Pendaftaran perniagaan anda di MySejahtera telah selesai.
CARA BUAT QR CODE MYSEJAHTERA PERNIAGAAN
Setelah proses pendaftaran perniagaan anda di MySejahtera telah berjaya, berikut adalah merupakan cara untuk buat QR Code MySejahtera perniagaan anda:
- Buka aplikasi MySejahtera atau laman pautan MySejahtera
- Log masuk menggunakan ID pengguna
- Ikuti step di atas
- Selesai sahaja anda tekan butang Submit, bahagian Print QR akan keluar secara automatik.
- Terdapat beberapa pilihan butang:
- Email Me
- Download
- Sekiranya PC/Laptop anda telah disambungkan kepada printer, klik pada Print untuk terus mencetak. Ataupun anda boleh download terlebih dahulu untuk disimpan sebagai pdf.
- Setelah print, anda boleh tampal QR code di pintu hadapan premis perniagaan
NOTA: Anda juga boleh tambah premis menggunakan akaun yang sama
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN SIJIL DIGITAL VAKSIN DI MYSEJAHTERA
SENARAI PPV WALK IN (KAWASAN LEMBAH KLANG)
1 thought on “mysejahtera.malaysia.gov.my(Cara Pendaftaran Perniagaan di MySejahtera dan Buat QR Code)”