BILA TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)?
Kepada Pekebun kecil dan Penoreh Getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), sudah semestinya ingin membuat semakan bila duit BMT masuk. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini duwujudkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan. Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.
TARIKH PERMOHONAN BMT
- Pemohonan oleh dibuat mulai *Akan dikemaskini
JUMLAH BANTUAN BMT
- Bantuan Musim Tengkujuh tahun 2023 diberikan sebanyak RM800 seorang kepada penerima yang layak dan akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh empat bulan
TARIKH BAYARAN BMT
- Bayaran bantuan itu akan dibuat sebanyak empat kali iaitu RM200 pada setiap bulan sebanyak 4 sbulan (tarikh akan dikemaskini)
SYARAT KELAYAKAN BMT
Pemohon hendaklah menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan mengikut katagori:
- Pekebun kecil (pemilik pengusaha)
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah
- Satu 1 lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.
- Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
- Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.
CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA
Bagi pengusaha kebun kecil yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online di pautan https://pekebunkecilmakmur.com.my/
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan seperti berikut:
- Pekebun kecil (pemilik pengusaha)
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
- Geran asal tanah dan salinan.
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
- Salinan geran lot yang ditoreh.
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.
BAGAIMANA JIKA GAGAL PERMOHONAN BMT
Bagi yang telah membuat permohonan dan permohonan anda tidak berjaya, anda boleh menghubungi mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran untuk membuat temujanji.
GLOSARI PENTING
Maksud Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA
- Mereka yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC).
- Bagi penoreh bukan pemilk yang tiada dalan senarai di atas, pengisian borang BMT dikira anda berdaftar dengan RISDA.
- Bagi pekebun kecil pemilik dan juga penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan agensi berikut, pengisian borang BMT berserta dengan surat pengesahan dari agensi berikut dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
- Agensi-agensi:
- Lembaga Getah Malaysia (LGM)
- Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
- Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
- Lain-lain sumber agensi
Maksud Penoreh Bukan Pemilik
- Mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebum tersebut.
Maksud Pekebun Kecil Pemilik
- Mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai bayaran duit BMT, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:
- HOTLINE BMT RISDA 03-4256 4022, Atau
- PEJABAT RISDA, BANGUNAN RISDA, KM 7, JALAN AMPANG, KARUG BERKUNCI 11067, 50990 KUALA LUMPUR.
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN PROGRAM REKTRUTMEN USAHAWAN PEKEBUN KECIL RISDA 2022 (Borang)
Kenapa bayaran Bmt bagi bulan Disember belum dimasukkan ke dalam akaun bank saya?