PERMOHONAN BMT RISDA (Bantuan Musim Tengkujuh) 2023
Bantuan Musim Tengkujuh RISDA ini adalah khas untuk pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah. Mereka yang layak akan menerima bantuan sekali secara one off bagi setiap seorang daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU BMT RISDA
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini diwujudkan bagi meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatan mereka akibat tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali tibanya musim hujan.
SYARAT KELAYAKAN BMT
Pemohon hendaklah menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan mengikut katagori:
- Pekebun kecil (pemilik pengusaha)
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah
- Satu 1 lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.
- Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
- Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.
TEMPOH PERMOHONAN BMT 2023
- Pemohonan oleh dibuat mulai *Akan dikemaskini
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BMT RISDA 2023
- Pemohonan yang gagal boleh membuat rayuan pada *Akan dikemaskini
KADAR BAYARAN BMT 2023
- Bantuan Musim Tengkujuh tahun 2023 diberikan sebanyak RM800 seorang kepada penerima yang layak dan akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh empat bulan
TARIKH BAYARAN BMT RISDA 2023
- Penerima yang layak dan akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh empat bulan
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan seperti berikut:
- Pekebun kecil (pemilik pengusaha)
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
- Geran asal tanah dan salinan.
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
- Salinan geran lot yang ditoreh.
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.
CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA
Bagi pengusaha kebun kecil yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online di pautan https://pekebunkecilmakmur.com.my/
CARA BAYARAN BMT
Bayaran bantuan kepada pekebun kecil yang layak aka diberikan melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan dibuat.
BAGAIMANA JIKA PERMOHONAN BMT TIDAK BERJAYA
Bagi yang telah membuat permohonan dan permohonan anda tidak berjaya, anda boleh menghubungi mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran untuk membuat temujanji.
SOALAN LAZIM (FAQ) BMT RISDA
Kadar BMT 2023 RISDA
- Kadar Bantuan Musim Tengkujuh 2023 adalah RM800 dan ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh empat bulan
Apa maksud Pekebun Kecil Getah Pemilik Pengusaha?
- Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.
Apa maksud Penoreh Bukan Pemilik?
- Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di ladang pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.
Apa maksud Pemilik Tanah Yang Sah?
- Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.
Apa maksud “Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA”?
- Pekebun kecil yang mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) atau tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA.
- Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
- Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) atau BMT (Penoreh) beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELDA, FELCRA, KESEDAR, KETENGAH dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan.
ARTIKEL LAIN
3 thoughts on “PERMOHONAN BMT RISDA (Bantuan Musim Tengkujuh) 2023”