RUMAH MESRA RAKYAT SPNB 2024(Permohonan Skim RMR Online) 

RUMAH MESRA RAKYAT SPNB 2024(Permohonan Skim RMR Online) 

RUMAH MESRA RAKYAT SPNB 2022 (Permohonan Skim RMR Online) 

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan rumah mampu milik berkualiti & mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Bagaimana cara untuk membuat permohonan RMR SPNB? Disini kami kongsikan caranya.

 

APA ITU RUMAH MESRA RAKYAT

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000.

SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam risalah di bawah.

 

TANGGUNGJAWAB PEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT SPNB

Sekiranya anda ingin memohon Rumah Mesra Rakyat, berikut adalah bertanggungjawab anda untuk:

  • Mengisi & melengkapkan borang permohonan yang disediakan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi yang betul
  • Menyediakan sumber bekalan air & elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika anda perlu)

 

CARA PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT SPNB ONLINE

Kepada yang ingin membuat permohonan RM SPNB, berikut adalah cara permohonan secara online:

  1. Layari web rasmu SPNB:  http://rmr.spnbonline.com.my
  2. Klik pada pendaftaran baru – lengkapkan borang pendaftaran anda dengan lengakp.
  3. Anda akan meneri kata laluan sementara.
  4. Log masuk akaun anda dengan ID (email anda) dan kata lalaun sementara yang diberikan.
  5. Lengkapkan borang permohonan online yang tertera untuk disimpan dalam sistem.
  6. Selesai anda menghantar permohonan, klik pada  Selesai Pendaftaran Borang & Cetak Borang
  7. Pergi ke pejabat cawangan SPNB  yang berdekatan dengan anda, bawa sekali borang permohonan yang diprint dan dokumen yang diperlukan.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang perlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

NOTA:

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

 

SEMAKAN STATUS KELULUSAN RUMAH MESRA RAKYAT SPNB

Berikut adalah merupakan semakan status kelulusan permohonan anda:

  • Mengikut semua prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
  • Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan pada kewangan tahunan.
  • Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas & syarat.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Rumah Mesra Rakyat, anda boleh layari web rasmi SPNB.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RESIDENSI PRIHATIN (Cara Apply)

3 thoughts on “RUMAH MESRA RAKYAT SPNB 2024(Permohonan Skim RMR Online) ”

Leave a Comment