PERMOHONAN HOUZKEY MAYBANK 2024(Log masuk ke maybank2own.com)

PERMOHONAN HOUZKEY MAYBANK (Log masuk ke maybank2own.com)

HOUZKEY MAYBANK

Kepada individu yang ingin memiliki rumah sendiri dengan cara membeli, semestinya memerlukan sejumlah wang sebagai deposit. Terkini Maybank telah memperkenalkan Houz Key Maybank yang merupakan satu saluran bagaimana anda boleh dapatkan rumah tanpa perlu mengeluarkan wang tunai sebagai deposit.

Bagaimana cara untuk membuat permohonan Houz Key Maybank? Disini kami kongsikan caranaya, semoga membantu.

 

APA ITU HOUZKEY MAYBANK

Houz KEY ialah penyelesaian pembiayaan pemilikan rumah yang ditawarkan oleh Maybank Islamic untuk membantu pembeli rumah pertama dan kedua Malaysia dalam memiliki rumah idaman mereka.

Penyelesaian pembiayaan ini tersedia untuk hartanah yang ditawarkan oleh pemaju rakan kongsi kami yang termasuk pelancaran baharu, dalam pembinaan dan hartanah siap.

 

KELEBIHAN HOUZKEYMAYBANK

Beikut adalah merupakan kelebihan yang akan anda perolehi:

  • Pembiayaan 100% Penuh – Dapatkan pembiayaan penuh tanpa bayaran pendahuluan diperlukan
  • Tiada Bayaran Semasa Pembinaan – Kami membantu membiayai kos semasa pembinaan.
  • Bayaran Bulanan TERENDAH – Nikmati bayaran bulanan terendah dengan kadar terbaik.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN HOUZKEYMAYBANK 2024

Sebelum anda membuat permohonan, pastikan anda menepati syarat yang ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemohon mestilah berumur antara 18 – 70 tahun semasa membuat permohonan.
  3. Pemohon TIDAK mempunyai lebih daripada satu (1) pembiayaan rumah semasa membuat permohonan.
  4. Anda boleh memasukkan sehingga tiga (3) penjamin untuk meningkatkan kadar kejayaan permohonan HouzKEY anda.

 

CARA PERMOHONAN HOUZKEY MAYBANK 2024

Sekiranya anda layak dan ingin membuat permohonan, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan maybank2own.com
  2. Klik pada Login/Register
  3. Seterusnya log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu, hendaklah daftar akaun terlebih dahulu dengan isikan maklumat pada Create An Account.
  4. Setelah log masuk, cari rumah pilihan anda.
  5. Seterusnya anda boleh menghantar permohonan dalam talian dengan klik pada Apply Now di halaman hartanah.
  6. Anda juga boleh mendaftar Interest dengan klik pada Register Interest.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan HouzKey Maybank, anda boleh rujuk:

ARTIKEL LAIN

RUMAH MESRA RAKYAT SPNB (Permohonan Skim RMR Online)

4 thoughts on “PERMOHONAN HOUZKEY MAYBANK 2024(Log masuk ke maybank2own.com)”

Leave a Comment