CARA DAFTAR MIGA-i MAYBANK (Jual Beli Emas Di Maybank2u)

CARA DAFTAR MIGA-i MAYBANK (Jual Beli Emas Di Maybank2u)

MIGA-i MAYBANK

Sekiranya anda berimnat untuk membeli dan menjual emas secara online, semestinya terdapat pelbagai platform yang sedia ada. Disini kami akan kongsikan menggunakan platform Maybank yang dikenali sebagai Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i), semoga membantu.

 

APA ITU MIGA-i

MIGA-i merupakan produk pelaburan iaitu  akaun emas yang pertama membolehkan pelanggan membuka akaun, membeli dan menjual serta memindahkn emas yang kesemuanya boleh dilakukan secara online melalui Maybank2u.

Produk emas pelaburan yang ditawarkan merupakan emas dengan ketulenan 999.9 yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) tanpa perlu menyimpan emas atau membimbangkan keselamatan pemegangnya.

 

KADAR PELABURAN MIGA-i

Aanda boleh membuat pelaburan emas dengan melakukan transaksi beli atau jual dengan nilai serendah RM10 je tau.

 

ADAKAH PELABURAN MIGA-i PATUH SYARIAH

Pihak Maybank Islamic Berhad telah menyatakan bahawa hukum pelaburan emas MIGA-i adalah patuh syariah iaitu berbeza daripada akaun emas konvensional. Tebaran harga yang ditawarkan di MIGA-i adalah lebih rendah antara harga jualan dan beliau pihak bank dan tidak ada caj tambahan apabila memindahkan emas dalam gram dari satu akan ke akaun yang lain.

 

KADAR HARGA EMAS MIGA-i

Anda boleh membuat semakan harga emas di laman web Maybank Gold & Silver Counter Rates

 

CARA DAFTAR AKAUN MIGA-i

Untuk mendaftar akaun MIGA-i, pastikan anda mempunyai perbankan online Maybank2u. Berikut adlaah merupakan caranya?

  1. Log masuk akaun Maybank2u: maybank2u.com.my
  2. Pada halaman utama, klik pada tab Apply > Investment
  3. Pada bahagian Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) klik Apply Now
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan antaranya seperti:
    • Email
    • Alamat rumah
    • Butiran kerja
    • Butiran akaun
  5. Setelah selesai, klik Save & Next
  6. Sahkan malumat anda kembali dan klik Confir
  7. ASkaun MIGA-i anda telah berjaya didaftarkan. Anda boleh mula buat pelaburan emas atau transaksi jual beli emas di Maybank2u.


CARA AKTIFKAN AKAUN MIGA-i

Setelah anda selesai pendaftaran akaun, pastikan anda membuat pengaktifan. Berikut adlaah merupakan caranya

  1. Anda perlu melabur sekurang-kurangnya RM10 sahaja dengan klik pada bahagian Invest Now
  2. Harga beli yang dipaparkan mungkin akan berbeza mengikut harga emas dunia.
  3. Current Standard Price untuk harga emas 100 g dan ke bawah manakala Current Preferential Price untuk harga lebih 100 gram.
  4. Masukkan sahaja jumlah nilai yang anda ingin labur atau anda ingin beli mengikut berat (gram). Contoh, beli 1 gram iaitu harga RM247.23. Jika ok, klik Calculate
  5. Kemudian pilih akaun simpanan anda dan klik Invest Now.
  6. Anda kini sudah memiliki 1 gram emas di dalam akaun MIGA-i anda.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN HOUZKEY MAYBANK 2022 (Log masuk ke maybank2own.com)

1 thought on “CARA DAFTAR MIGA-i MAYBANK (Jual Beli Emas Di Maybank2u)”

Leave a Comment