CARA DAFTAR BELI JUAL EMAS GUNA EASIGOLD (Bank Muamalat)

CARA DAFTAR BELI JUAL EMAS GUNA EASIGOLD (Bank Muamalat)

EASIGOLD

Sekiranya anda berminat untuk membeli dan menjual emas secara online, semestinya terdapat pelbagai platform yang sedia ada. Disini kami akan kongsikan menggunakan platform Bank Muamalat pelaburan emas digital patuh syariah yang dikenali sebagai Easi Gold, semoga membantu.

 

APA ITU EASI GOLD

Easi Gold merupakan produk pelaburan iaitu akaun emas yang pertama membolehkan pelanggan membeli dan menjual serta memindahkn emas yang kesemuanya boleh dilakukan secara online melalui Bank Muamalat

Produk emas pelaburan yang ditawarkan merupakan emas dengan ketulenan 999.9 yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) tanpa perlu menyimpan emas atau membimbangkan keselamatan pemegangnya

 

ADAKAH PELABURAN EASIGOLD PATUH SYARIAH

Pihak Bank Muamalat memaklumkan bahawa hukum pelaburan emas Easi Gold adalah patuh syariah iaitu berbeza daripada akaun emas konvensional. Tebaran harga yang ditawarkan adalah lebih rendah antara harga jualan.

 

SYARAT KELAYAKAN EASIGOLD

Pelanggan hanya perlu mempunyai akaun simpanan dan semasa Bank Muamalat bagi memulakan transaksi pelaburan.

 

KADAR YURAN EASIGOLD

Anda boleh menyimpan emas yang dibeli di Bank Muamalat pada kadar yuran tahunan yang rendah sebanyak 1.5 peratus daripada jumlah pelaburan.

 

KADAR MINIMUM PEMBUKAAN AKAUN EASIGOLD

Pelanggan juga boleh membuka akaun di Easi Gold dengan pelaburan minimum sebanyak dua gram. Emas adalah pelaburan terbaik, tambahan pula dengan jaminan dari Bank Muamalat yang memberikan perlindungan insurans kepada pelanggan.

 

CARA DAFTAR EASIGOLD

Berikut adalah merupakan cara untuk membuka akaun easi gold:

  1. Muat turun aplikasi EasiGold terlebih dahulu (Play Store / Apple Store)
  2. Pada halaman utama, klik pada tab Apply > Investment
  3. Pada bahagian EasiGold) klik Apply Now
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan antaranya seperti:
    • Email
    • Alamat rumah
    • Butiran kerja
    • Butiran akaun
  5. Setelah selesai, klik Save & Next
  6. Sahkan malumat anda kembali dan klik Confirm
  7. Akaun EasiGold anda telah berjaya didaftarkan. Anda boleh mula buat pelaburan emas atau transaksi jual beli emas di Bank Muamalat

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk menegtahui maklumat lanjut mengenai Easi Gold ini, anda boleh melayari website rasmi Bank Muamalat di pautan https://www.muamalat.com.my/

 

ARTIKEL LAIN 

CARA DAFTAR MIGA-i MAYBANK (Jual Beli Emas Di Maybank2u)

2 thoughts on “CARA DAFTAR BELI JUAL EMAS GUNA EASIGOLD (Bank Muamalat)”

Leave a Comment