KAD KREDIT PATUH SYARIAH (Apply Bank Muamalat Visa Platinum-i & Visa Infinite-i)

KAD KREDIT PATUH SYARIAH (Apply Bank Muamalat Visa Platinum-i & Visa Infinite-i)

KAD KREDIT PATUH SYARIAH

Selain penggunaan Kad Debit, penggunaan Kad kredit pun amat menggalakan. Ini adalah kerana kad kredit membenarkan pengguna berbelanja terlebih dahulu dan kemudian membayar kemudian, berbeza dengan menggunakan kad debit yang memerlukan setiap pengguna mempunyai wang yang cukup untuk berbelanja.

Sekiranya anda ingin membuat permohonan kad kredit patuh syariah sepenuhnya, disini kami akan kongsikan melalui Bank Muamalat, semoga membantu

 

APA ITU KAD KREDIT

Kad kredit ialah sejenis bayaran ansuran yang membolehkan anda untuk membeli barangan atau servis tanpa menggunakan wang tunai di pelbagai jenis kedai di seluruh dunia. Apabila anda menggunakan kad kredit anda, pengeluar kad kredit anda akan membayar bagi pihak anda dan hantarkan bil kepada anda dalam bentuk kenyataan bulanan. Contoh kad kredit yang biasa digunakan ialah Visa dan Master card.

Anda dihendaki membayar sekurang-kurangnya bayaran minimum sebelum tarikh tamat. Pengeluar kad kredit akan mengenakan caj faedah ke atas jumlah bayaran yang belum dijelaskan selepas tarikh tamatnya.

 

KAD KREDIT-I PATUH SYARIAH BANK MUAMALAT

Bank Mualamat kini telah memperkenalkan Kad Kredit-i Bank Muamalat yang patuh Syariah sepenuhnya dan bebas sepenuhnya daripada riba berkonsepkan Tawarruq yang dikenali sebagai:

  • Bank Muamalat Visa Platinum-i
  • Bank Muamalat Visa Infinite-i

 

CIRI KAD KREDIT BANK MUAMALAT VISA PLATINUM-i

  • Pengecualian Yuran Tahunan Tahun Pertama (Tahun-tahun berikutnya, Pengecualian Yuran Tahunan automatik dengan leretan minimum 12X dalam tempoh 12 bulan yang lalu)
  • Pulangan Tunai 1% tanpa had untuk Perbelanjaan Luar Negara
  • Pulangan Tunai 1% untuk Perbelanjaan e-Dagang
  • Pulangan Tunai 0.3% untuk Perbelanjaan Tanpa Sentuhan
  • Pelan Pemindahan Baki 0% untuk 12 Bulan

*Tertakluk pada terma & syarat

 

CIRI KAD KREDIT BANK MUAMALAT VISA INFINATE-i

  • Pengecualian Yuran Tahunan Seumur Hidup
  • Pulangan Tunai 1% tanpa had untuk Perbelanjaan Luar Negara
  • Pulangan Tunai 1% untuk Perbelanjaan e-Dagang
  • Pulangan Tunai 0.5% untuk Perbelanjaan Tanpa Sentuhan
  • Pelan Pemindahan Baki 0% untuk 12 Bulan

*Tertakluk pada terma & syarat

 

KELAYAKAN & YURAN

Berikut adalah merupakan kriteria kelayakan di bawah serta dokumen yang diperlukan sebelum melengkapkan Borang Permohonan Kad Kredit-i Bank Muamalat.

Kelayakan & Yuran PrincipalSupplementary
Umur:

Minimum

Maksimum

 

21 tahun dan ke atas

65 tahun

 

18 tahun ke atas

65 tahun

Pendapatan tahunan:

Visa Platinum-i

Visa Infinite-i

 

Melebihi RM36,000

RM300,000

 

n/a

n/a

Yuran Tahunan:

Visa Platinum-i

Visa Infinite-i

 

RM168.00

Dikecualikan

 

RM68.00

Dikecualikan

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan mengikut katagori:

  1. Bekerja
    1. Salinan NRIC (depan & belakang); dan
    2. Slip gaji 2 bulan terkini; dan
    3. Taksiran Cukai Pendapatan (Borang BE) 1 tahun terkini dengan resit cukai rasmi; atau
    4. Penyata KWSP 1 tahun terkini; atau
    5. Borang EA 1 tahun terkini.
  2. Bekerja Sendiri
    1. Salinan NRIC (depan & belakang); dan
    2. Penyata bank 6 bulan terkini; dan
    3. Salinan pendaftaran Perniagaan; dan
    4. Taksiran Cukai Pendapatan (Borang B) 1 tahun terkini dengan resit cukai rasmi.

Nota: Dokumen tambahan mungkin diminta (jika perlu) semasa pemprosesan.

 

CARA PERMOHONAN KAD KREDIT-i BANK MUAMALAT(KAD KREDIT PATUH SYARIAH)

Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan kad kredit patuh syariah sepenuhnya ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat trun borang permohonan: Credit Card-i Application Form
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut dengan lengkap beserta dokumen yang diperlukan
  3. Hantar ke cawangan Bank Muamalat yang berhampiran dengan anda.
  4. Dapatkan rujukan selanjutnya dari pegawai bank berkenaan

Nota: Sila baca dan fahami Terma dan Syarat Kad Kredit-i, Helaian Pendedahan Produk dan Notis Perlindungan Data Peribadi sebelum memohon Kad Kredit-i Bank Muamalat.

 

MAKLUMAT LANJUT KAD KREDIT PATUH SYARIAH

Untuk maklumat lanjut mengenai kad kredit patuh syariah Bank Muamalat, anda boleh merujuk pada pautan ini https://www.muamalat.com.my/consumer-banking/card_merchant/credit-card-i/

ARTIKEL LAIN

CARA RENEW KAD BANK AGROBANK RHB BANK BSN ISLAM (Expired)

3 thoughts on “KAD KREDIT PATUH SYARIAH (Apply Bank Muamalat Visa Platinum-i & Visa Infinite-i)”

Leave a Comment