CARA KELUARKAN DUIT GUNA KAD KREDIT (Withdraw Guna BSN MAYBANK CIMB)

CARA KELUARKAN DUIT GUNA KAD KREDIT (Withdraw Guna BSN MAYBANK CIMB)

KELUARKAN DUIT KAD KREDIT

Tahukah anda bahawa anda boleh keluarkan tunai melalui kad kredit anda. Sebaiknya cara ini dibuat sekiranya anda memerlukan tunai di tangan. Disini kami akan kongsikan cara untuk keluarkan duit melalui kad kredit BSN, Maybank dan CIMB, semoga membantu.

 

APA ITU KAD KREDIT

Kad kredit ialah sejenis bayaran ansuran yang membolehkan anda untuk membeli barangan atau servis tanpa menggunakan wang tunai di pelbagai jenis kedai di seluruh dunia. Apabila anda menggunakan kad kredit anda, pengeluar kad kredit anda akan membayar bagi pihak anda dan hantarkan bil kepada anda dalam bentuk kenyataan bulanan. Contoh kad kredit yang biasa digunakan ialah Visa dan Master card.

 

CARA KELUARKAN DUIT KAD KREDIT CIMB

Sekiranya anda pelanggan CIMB bank, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Melalui ATM CIMB
    • Pergi ke mana-mana ATM CIMB berhampiran anda
    • Masukkan kad kredit CIMB
    • Isikan nombor PIN
    • Pilih Withdrawal > Credit Card
    • Masukkan jumlah wang yang anda ingin keluarkan.
  2. Melalui Kaunter CIMB
    • Kunjungi mana-mana cawangan CIMB berhampiran anda
    • Maklumkan kepada pegawai CIMB tersebut tentang tujuan anda
    • Untuk makluman anda, hanya sebanyak 80% daripada had kredit anda boleh dikeluarkan sebagai tunai tetapi tertakluk kepada beberapa syarat.

 

CARA KELUARKAN DUIT KAD KREDIT MAYBANK

Sekiranya anda pelanggan Maybank, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Maybank2u: https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Log masuk akaun dengan menggunakan username dan password anda
  3. Pada menu utama Klik APPLY di atas kanan.
  4. Klik pada CARDS > GET EZYCASH.
  5. Pilih kad kredit anda
  6. Masukkan jumlah duit yang anda ingin keluarkan.
  7. Pilih Pelan EzyCash/ EzyCash-I (principal card holder))
  8. Tick pada Terms and Conditions dan Product Disclosure Sheet.
  9. Tekan SUBMIT.
  10. Request dan masukkan no TAC yang diterima
  11. Permohonan selesai dan anda akan dihubungi semula untuk proses lebih lanjut.

NOTA: Anda boleh buat pinjaman dengan jumlah pinjaman minimum dari RM2000 dan jumlah maksimum sehingga 90% daripada had kredit kad anda.

 

CARA KELUARKAN DUITKAD KREDIT BSN

Sekiranya anda pelanggan BSN, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Permohonan secara online
  2. Permohonan di Cawangan

 

ARTIKEL LAIN

KAD KREDIT PATUH SYARIAH (Apply Bank Muamalat Visa Platinum-i & Visa Infinite-i)

 

Leave a Comment