CARA BELI KERETA TERPAKAI GUNA BSN MyAUTO-i (Pembiayaan Sewa Beli-i BSN)
Sekiranya anda bercadang ingin membeli kereta terpakai kerana murah dan berpatutan bagi memudahkan pergerakkan ke sesuatu destinasi dan kegunaan seharian, BSN telah memperkenalkan pembiayaan BSN MyAuto-i untuk pembeliaan kenderaan terpakai,
Bagaimana cara membuat pembiayaan BSN MyAuto-i? Di sini kami akan kongsikan, semoga membantu.
APA ITU BSN MyAUTO-i
Program Pembiayaan Sewa Beli-i BSN atau BSNMyAuto-i UsedCar telah diwujudkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN)untuk memudahkan orang ramai membeli kenderaan terpakai . Ia juga terbuka kepada semua kenderaan terpakai yang diterima oleh BSN sahaja dengan tempoh pembiayaan yang sangat berbaloi.
Ciri-ciri BSN MyAuto-i adalah seperti berikut:
- Kadar pembiayaan yang istimewa
- Nikmati keutamaan dalam pemprosesan permohonan (Green Lane Priority)
- Kemudahan bayaran melalui pelbagai platform BSN
- Terbuka kepada kenderaan baru nasional, bukan nasional dan kenderaan import dibaik pulih belum didaftar (unregistered reconditioned vehicle) terpilih sahaja
KELEBIHAN BSN MyAUTO-i
Antara kelebihan sekiranya membuat pembiayaan ini adalah:
- Margin Pembiayaan
- Minimum: RM20,000
- Maksimum: Sehingga 90% daripada harga jualan
- Tempoh Pembiayaan
- Minimum: 36 bulan
- Maksimum: 108 bulan (tertakluk pada umur persaraan)
- Jangka Hayat Kenderaan
- Maksimum: 15 tahun (rujuk tahun diperbuat) pada akhir tempoh pembiayaan
- Kadar Keuntungan
- Daripada *3.00% hingga 3.80% setahun
SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN BSN MyAUTO-i
Untuk membuat pembiayaan ini, seharusnya anda menepati syarat kelayakan yang ditetapkan seperti:
- Kakitangan Sektor Kerajaan dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC).
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas ketika memohon dan TIDAK melebihi umur 60 tahun semasa tamat pembiayaan.
- Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan (status tetap atau kontrak).
- Tidak bankrap.
- Jumlah pemotongan gaji TIDAK melebihi 60% daripada jumlah gaji bulanan, termasuk bayaran ansuran pembiayaan ini.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan BSN MyAuto-i
- Salinan KP (depan & belakang).
- Salinan lesen memandu yang sah.
- Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini.
- Surat memberi kuasa kepada BSN membuat semakan kredit.
- Salinan penyata bank atau penyata KWSP atau surat pengesahan cukai terkini daripada LHDN.
- Lain-lain dokumen yang diterima oleh BSN, jika perlu.
Sekiranya memerlukan penjamin sila bawa dokumen seperti berikut:
- Salinan KP (depan & belakang).
- Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini.
- Salinan penyata bank akaun atau penyata KWSP terkini atau salinan Borang EA.
KADAR CAJ YANG TERLIBAT
Berikut adalah merupakan kadar caj yang terlibat semasa membuat pembiayaan ini:
- RM10 untuk salinan Penyewa bagi Perjanjian Sewa Beli-i.
- RM10 untuk salinan perjanjian Penjamin (sekiranya berkenaan).
- RM10 untuk Perjanjian Agensi Perkhidmatan.
CARA PERMOHONAN PEMBIAYAAN BSN MyAUTO-i
Sekiranya anda berminat untuk membuat pembiayaan melalui program ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Muat turun Borang permohonan BSN MyAuto-i
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
- Serahkan dokumen tersebut ke cawangan bank BSN yang berhampiran
Nota: bagi melihat cawangan bank BSN yang terdekat boleh rujuk DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai BSNMyAuto-i UsedCar, anda boleh merujuk
- Website rasmi BSN: bsn.com.my
- Hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di: 1300 88 1900
ARTIKEL LAIN
CARA KIRA LOAN KERETA (Jumlah Bayaran Bulanan Kereta Baru & Secondhand)
CARA BELI KERETA LELONG JPJ (Semakan Senarai Tarikh Lelong)