CARA TRANSFER DUIT BANK MUAMALAT KE BANK LAIN (Guna i-Muamalat ATM IBG)

CARA TRANSFER DUIT BANK MUAMALAT KE BANK LAIN (Guna i-Muamalat ATM IBG)

TRANSFER DUIT BANK MUAMALAT

Sekiranya anda pelanggan kepada Bank Muamalat, salah satu transaksi yang semestinya anda akan lalukan anda tranfer atau pindahan wang ke bank lain. Kepada pengguna baharu semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara tranfer duit Bank Muamalat menggunakan online banking (i-muamalat), ATM dan juga InterBank Tranfer (IBG), semoga membantu.

 

CARA TRANFER DUIT PALING CEPAT

Untuk pengetahuan anda, dengan menggunakan online banking iaitu i-muamalat boleh melakukan transfer duit dari Bank Muamalat ke bank lain dengan lebih pantas.

Ini kerana aktiviti transfer duit kerap di buat secara online kerana lebih cepat dan selamat. Selain itu, tiada caj yang dikenakan dengan gunakan perkhidmatan online berbanding kena pergi ke cawangan Bank Muamalat.

 

CARA TRANFER GUNA i-MUAMALAT

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pindahan wang menerusi i-Muamalat:

  1. Layari pautan i-Muamalat https://www.i-muamalat.com.my/ atau buka aplikasi i-Muamalat (PlayStore / AppleStore)
  2. Log masuk menggunakan username dan password anda.
  3. Pada menu utama klik pada Transfer
  4. Pada Akaun Penerima, pilih Bank Penerima yang akan dituju.
  5. Masukkan Nombor Akaun pada ruangan yang tersedia dan klik Teruskan.
  6. Isikan pada Nama Panggilan penerima.
  7. Tick pada kotak Simpan butiran ini ke senarai penerima.
  8. Isikan Maklumat Penerima. Klik Teruskan.
  9. Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
  10. Sila pilih Jadual Transfer dan Metode Transfer.
  11. Isikan Berita (optional)
  12. Masukkan PIN Mobile Banking dan Klik Teruskan.
  13. Resit transfer akan dipaparkan di skrin.

 

CARA TRANSFER GUNA ATM BANK MUAMALAT

Sekiranya anda ingin membuat transaksi pindahan wang menggunakan mesin ATM, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Kunjungi ke cawangan ATM Bank Muamalat berhampiran dengan anda
  2. Masukkan Kad ATM pada slot yang tersedia.
  3. Sila pilih Bahasa yang anda inginkan
  4. Masukkan PIN Kad ATM Anda dan klik Teruskan
  5. Seterusnya klik pada Pindahan Wang.
  6. Klik Akaun Bank Lain (MEPS) dan klik Ya.
  7. Sila pilih Jenis Akaun bank penerima (Semasa / Simpanan)
  8. Paparan mengenai Caj dikenakan akan terpapar, klik Teruskan.
  9. Seterusnya pilih kod bank yang akan Anda hantar, lalu taip kod bank tersebut. Dan klik Sahkan.
  10. Sila masukkan Nombor Akaun penerima, klik Tekan jika betul.
  11. Masukkan Jumlah yang akan dihantar, klik Tekan jika betul.
  12. Periksa terlebih dahulu maklumat transfer Anda, klik Tekan jika Ya.
  13. Sila ambil Kad ATM Anda dan resit sebagai bukti.

 

CARA TRANFER GUNA IBG BANK MUAMALAT

Sekrianya anda ingin memnguat transaksi tranfer mengguna IBG, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan i-Muamalat https://www.i-muamalat.com.my/ atau buka aplikasi i-Muamalat
  2. Log masuk menggunakan username dan password anda.
  3. Pilih menu Transfer > Fund Transfer > To 3rd Party Other BankCara IBG Transfer Bank Muamalat
  4. Pilih akaun yang ingin Anda pindahkan.
  5. Pilih Transfer Type IBG: IBG Transfer Bank Muamalat
  6. Pilih Nombor Akaun Penerima Anda untuk transaksi Kegemaran atau Masukkan Nombor Akaun Penerima dan Nama Penerima
  7. Masukkan nombor kad pengenalan yang betul jika Anda memilih pilihan YES.
  8. Masukkan Butiran Pembayaran Anda dan klik butang Submit.
  9. Sahkan maklumat (Edit jika perlu). Anda akan menerima Transaction Authorization Code (TAC) melalui SMS. Kemudian, klik Confirm untuk meneruskan.
  10. Klik Print untuk menyimpan rekod atau OK untuk menyelesaikan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan mengenai transaksi tranfer duit Bank Muamalat, anda boleh merujuk:

  • Customer Care Bank Muamalat yang beroperasi 24 jam setiap hari (termasuk Cuti Umum) Panggilan dari Tempatan/Luar Negara: +603-2600-5500

 

ARTIKEL LAIN

KAD KREDIT PATUH SYARIAH (Apply Bank Muamalat Visa Platinum-i & Visa Infinite-i)

2 thoughts on “CARA TRANSFER DUIT BANK MUAMALAT KE BANK LAIN (Guna i-Muamalat ATM IBG)”

Leave a Comment