CARA BAYAR BIL GUNA MESIN ATM (Bil Air/Elektrik /Telefon/Unifi)
Untuk pengetahuan anda, selain menggunakan online banking, anda juga boleh membuat pembayaran bil-bil utiliti seperti Bil air, elektrik, telefon unifi dan sebagai melalui mesin ATM.Disini kami akan kongsikan cara bayar bil guna mesin ATM menggunakan perkhidmatan JomPay, semoga membantu.
APA ITU JOMPAY
JomPay merupakan satu inisiatif nasional yang disokong oleh bank-bank di Negara Malaysia bagi menyediakan satu kaedah pembayaran melalui online.
Dengan adanya perkhidmatan ini, anda dapat menikmati pembayaran bil menggunakan dana dari akaun simpanan, akaun semasa ataupun akaun kad kredit anda. Dengan menggunakan JomPay, segala transaksi dan pembayaran bil anda akan lebih cepat, selamat dan mudah.
SEMAKAN BILLER CODE JOMPAY ASTRO
Sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil, seharusnya anda mengetahui biller code JomPay terlebih dahulu. Berikut adalah cara membuat semakan:
- Layari pautan JomPAY: https://jompay.com.my/index.html
- Tekan pada Personal dan tekan Find Biller Codes.
- Pada kotak carian, taipkan kata kunci Bil yang ingin anda cari (contoh TNB), tekan butang Search.
- Hasil carian akan terpapar berserta dengan biller code. (Contoh kod TNB adalah 5454)
- Anda boleh simpan code tersebuta untuk digunakan semasa pembayaran online.
CARA BAYAR BIL GUNA ATM
Berikut adalah merupakan cara untuk membayar bil utiliti menggunakan mesin ATM:
- Pergi ke mana-mana cawangan ATM berhampiran anda
- Masukkan kad debit anda ke dalam mesi ATM
- Pilih bahasa yang anda inginkan
- Masukkan nombor PIN anda
- Pada menu utama, pilih pada PayBills
- Kemudian pilih pada JomPay > Pembayaran Bil JomPay
- Klik setuju pada terma dan syarat yang tertera
- Masukkan jumlah bayaran yang anda inginkan, kemudian tekan Ya
- Seterusnya masukkan Biller Code (boleh didapati pada bil atau anda boleh membuat semakan seperti di atas), klik teruskan
- Pada Ref 1 (no sahaja) – masukkan no kad pengenalan anda. Klik teruskan
- Pada Ref 2 (no sahaja) – masukkan jika berkenaan, sekiranya tidak klik teruskan
- Maklumat bayaran akan tertera. Sekiranya betul klik pada Ya
- Ambil dan simpan resit yang akan dikeluarkan oleh ATM kepada anda apabila selesai transaksi sebagai rujukan anda.
NOTA: Setiap fungsi di mesin ATM mungkin berlainan tetapi caranya adalah sama.
ARTIKEL LAIN
KAD KREDIT PATUH SYARIAH (Apply Bank Muamalat Visa Platinum-i & Visa Infinite-i)
2 thoughts on “BAYAR BIL GUNA ATM(Air Elektrik Telefon Unifi)”