WIFI NO INTERNET ACCESS? (Cara Atasi HP Android & iPhone)

WIFI NO INTERNET ACCESS? (Cara Atasi HP Android & iPhone)

WIFI NO INTERNET ACCESS

Pernah tak terjadi kepada anda apabila anda cuba connet kan wifi pada handphone anda tetapi tidak boleh disambung? Ini akan menyusahkan anda untuk dapatkan penggunaan internet bagi menyiapkan kerja anda di mana sahaja ketika perlukan.

Persoalannya kenapa wifi no internet access? Disini kami akan kongsikan beberapa punca berlakunya keadaan sebegini, semoga membantu.

 

APA ITU INTERNET

Kemudahan talian mudah alih telah berkembang pesat dikalangan masyarakat sekarang seperti mobile data, jaringan jalur lebar (fiber) dan juga Free wifi hotspot juga semakin pesat berkembang disebabkan permintaan yang tinggi.

 

KENAPA WIFI NO INTERNET ACCESS?

Terdapat beberapa berkara yang akan menyebabkan tiada internet. Berikut adalah antara puncanya:

  1. Ada masalah pada peranti modem dan router anda
    • Faktor perisian router anda yang tidak mendapat update software version yang terkini daripada pihak pengeluar mereka sendiri.
    • Ini sering terlepas pandang kerana pengguna beranggapan bahawa modem yang diberikan oleh pihak pembekal internet tidak akan berlaku sebarang masalah jika barang daripada syarikat. Pakar technician juga tidak memberitahu pengguna tentang produk modem itu sendiri menyebabkan ramai orang terlepas pandang hal itu.
    • Pastikan anda periksa router anda rosak atau tidak seperti:
      • Lampu pada router menyala atau tidak
      • Kabel sambungan di router terputus atau tidak
      • Kemungkin wayar kabel tidak dipasang dengan betul.
    • Sekiranya lampu di router anda berkelip-kelip ataupun berwarna merah, anda boleh hubungi pihak Internet Service Provider (ISP) anda untuk menyiasat jika talian internet anda mempunyai masalah seperti maintenance.
  2. Ada masalah pada device Android & iPhone itu sendiri
    • Sering terjadi akibat peranti tidak diupdate latest version daripada pengeluar mereka sendiri disebabkan faktor peranti yang terlalu lama dan ketinggalan zaman.
    • Anda boleh cuba untuk kemaskini latest version yang terdapat di peranti anda untuk cuba menyelesaikan masalah ini.
    • Kemudian cuba juga untuk reset semula tetapan anda kepada asal.
  3. Ada masalah berkaitan Internet service provider anda
    • Masalah yang dihadapi oleh ISP anda sendiri yang menyebabkan gangguan talian kepada anda dan juga semua pengguna yang lain.
    • Antara masalah yang menyebabkan gangguan ini adalah seperti kabel di bawah tanah terputus ataupun syarikat telekom anda sedang maintenance server mereka untuk menambahbaik lagi kualiti servis kepada pengguna.

 

CARA SEMAKAN KELAJUAN INTERNET

Anda boleh cuba guna TM Speedtest untuk check samada talian laju atau tidak sepeti berikut:

  • Layari pautan TP Speedtest: https://speedtest.tm.com.my/
  • Pilih sama ada anda menggunakan:
    • I Am Using Wifi (Wireless Connection)
    • I Am Using LAN Cable (Wired Connection)
  • Kemudian klik GO
  • Paparan akan menunjukkan kelajuan internet yang anda gunakan

 

ARTIKEL LAIN

Cara Guna Wifi Smart Selangor (Percuma Untuk Rakyat Selangor)

PERANTISISWA 2022 (Permohonan Online Bantuan Tablet Pelajar IPT)

1 thought on “WIFI NO INTERNET ACCESS? (Cara Atasi HP Android & iPhone)”

Leave a Comment