CARA AKTIFKAN OVERSEAS DEBIT KAD ATM MAYBANK (Transaksi Luar Platform E-commerce Shopee / Ebay)

CARA AKTIFKAN OVERSEAS DEBIT KAD ATM MAYBANK (Transaksi Luar Platform E-commerce Shopee / Ebay)

CARA AKTIFKAN OVERSEAS DEBIT KAD MAYBANK

Kepada anda pelanggan Maybank yang ingin melancong ke luar negara ataupun membuat transaksi keluar negara, semestinya anda aktifkan overseas debit kad ATM Maybank anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya dan boleh lakukan transaksi luar negara menerusi platform e-Commerce Shopee, ebay dan sebagainya, semoga membantu.

 

CARA AKTIFKAN OVERSEAS DEBIT KAD MAYBANK GUNA MAYBANK2U

Berikut adalah merupakan cara aktifkan dengan mengguna Maybank2U iaitu:

  1. Layari pautan Maybank2u dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada paparan utama klik pada ‘Card Management’
  3. Kemudian klik ‘overseas ATM facility’ > pilih ‘activation’ pada ruang ‘please select’ dan  klik continue
  4. Seterusnya masukkan tempoh yang anda ingin aktifkan di luar negara dan continue
  5. Kemudian klik pada request TAC dan masukkan TAC yang diterima dan klik confirm.
  6. Selesai

 

CARA AKTIFKANOVERSEAS DEBIT KAD MAYBANK DI ATM

Berikut adalah merupakan cara aktifkan pada mesin ATM iaitu:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM berhampiran anda
  2. Masukkan kad debit ATM anda pada mesin tersebut dan masukkan no pin anda
  3. Seterusnya pilih pada Lain-Lain Perkhidmatan.
  4. Skrin seterusnya, pilih Perkhidmatan ATM Plus.
  5. Pilih Aktifkan (Sementara).
  6. Masukkan nombor IC apabila diminta untuk pengesahan.
  7. Masukkan tarikh mula dan tarikh akhir penggunaan kad di luar negara.
  8. Selesai

 

CARA AKTIFKAN OVERSEAS DEBIT KAD MAYBANK HUBUNGI KHDIMAT PELANGGAN MAYBANK

Berikut adalah merupakan cara aktifkan dengan hubungi Customer Care Maybank iaitu:

  1. Dail 1300 88 6688
  2. Pilih Bahasa
  3. Tekan 0 (Bercakap kepada Ejen Pusat Panggilan)
  4. Ejen Pusat Panggilan untuk mengesahkan identiti pemanggil
  5. Selepas pengesahan berjaya, ejen pusat panggilan akan mengaktifkan Kad ATM/Debit luar negara

 

CARA KELUAR DUIT MAYBANK DI ATM DI LUARNEGARA

Setelah anda aktifkan kad debit maybank luar negara anda, anda boleh gunakannya untuk keluarga duit di mesin ATM pada negara tersebut. Berikut adalah merupakan caranya:

  • Cari mesin ATM yang ada logo ATM Plus / Visa / Mastercard / Cirrus yang berhampiran anda
  • Lalui proses macam biasa – pilih bahasa – masukkan pin – saving account – amaun pengeluaran dan lain-lain.
  • Caj sekali pengeluaran di luar negara ialah sebayak RM12.

NOTA: Had pengeluaran sehari ialah RM3000. Pastikan anda mengira  kadar pertukaran wang di negara tersebut terlebih dahulu.

 

CARA NYAHAKTIF OVERSEAS DEBIT KAD MAYBANK

Anda juga boleh nyahaktfikan fungi overseas pada kad debit Maybank anda. Berikut adalah merupakan caranya:

Guna Maybank2u

  1. Log masuk ke Maybank2u
  2. Pilih Pengurusan Kad
  3. Pilih Kemudahan ATM Luar Negara
  4. Pilih Nyahaktifkan daripada senarai juntai bawah
  5. Klik Sahkan
  6. Status Pengesahan akan dipaparkan dan SMS akan dihantar kepada anda mengenai status pengaktifan

 Guna ATM

  1. Masukkan kad ATM dan nombor Pin
  2. Pilih Transaksi Lain
  3. Pilih Perkhidmatan Lain
  4. Pilih Perkhidmatan ATM Luar Negara/Tambahan
  5. Pilih Nyahaktifkan
  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan sahkan
  7. Keluarkan Kad ATM. Ambil resit

 Melalui Customer Care Maybank

  1. Dail 1300 88 6688
  2. Pilih Bahasa
  3. Tekan 0 (Bercakap kepada Ejen Pusat Panggilan)
  4. Ejen Pusat Panggilan untuk mengesahkan identiti pemanggil
  5. Selepas pengesahan berjaya, ejen pusat panggilan untuk menyahaktifkan fungsi Luar Negara Kad ATM/Debit

 

ARTIKEL BERKAITAN:

2 thoughts on “CARA AKTIFKAN OVERSEAS DEBIT KAD ATM MAYBANK (Transaksi Luar Platform E-commerce Shopee / Ebay)”

Leave a Comment