Cara Tukar Password Maybank2u(Reset Kata Laluan Jika Terlupa)

Cara Tukar Password Maybank2u (Reset Kata Laluan Jika Terlupa)

Cara Tukar Password Maybank2u

Anda terlupa kata laluan/ atau password maybank2u? Akaun anda locked.? disini kami berkongsi cara tukar password Maybank2u.

 

Cara Tukar Password Maybank2u (Sistem baru)

Berikut ialah cara untuk tukar kata laluan Maybank2u menggunakan sistem yang baru.

  1. Layari laman web rasmi Maybank di sini: https://www.maybank2u.com.my
  2. Pada My Username, tidak perlu masukkan username
  3. Klik FORGOT LOGIN DETAILS di bawahnya
  4. Pilih Reset Using samada:
  • Credit Card
  • Charge Card
  • Prepaid Card
  • Access Number
  1. Pada ruangan Card / Access Number, masukkan nombor kad 16 digit yang tertera pada bahagian hadapan kad ATM Maybank Debit/Kredit anda.
  2. Pada ruangan PIN, masukkan nombor PIN untuk kad ATM Debit/Kredit anda.
  3. Kemudian, pada laman seterusnya, tekan butang SUBMIT
  4. Seterusnya, masukkan password baru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  5. Pada ruangan di bawahnya, sahkan password anda dengan memasukkan password anda sekali lagi pada ruang tersebut.
  6. Seterusnya, tekan butang REQUEST OTP (One Time Password). One Time Password akan dihantar ke telefon anda secara SMS. Pastikan nombor telefon anda ini telah berdaftar dengan Maybank2U.
  7. Masukkan kod OTP yang anda terima melalui SMS ke ruang yang disediakan.
  8. Tekan butang CONFIRM.
  9. Penukaran password anda berjaya. Anda boleh logout dan login semula menggunakan password yang baru dikemaskini.

 

Cara Tukar Password Maybank2u (Sistem Classic)

Berikut ialah cara untuk tukar kata laluan Maybank2u menggunakan sistem Classic yang lama.

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do, untuk ke paparan utama laman web Maybank2U.
  2. Kemudian, tekan pada butang Back to the classic Maybank2U.
  3. Pada laman seterusnya, masukkan username anda pada Username. Tekan butang Next.
  4. Pada laman seterusnya, sahkan security phrase dan gambar yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang Yes.
  5. Kemudian, tekan link Forgot Username/Password.
  6. Pada laman seterusnya, pada ruangan Card/Access No., masukkan nombor kad 16 digit yang tertera pada bahagian hadapan kad ATM Debit/kredit anda.
  7. Pada ruangan PIN, masukkan nombor PIN untuk kad ATM Debit/kredit anda.
  8. Tekan butang Next.
  9. Pada laman seterusnya, username anda akan tertera. Tekan butang Reset Password.
  10. Kemudian, pada laman seterusnya, isi pada ruang-ruang yang tertera. Pada ruangan Password, letakkan password baru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah mempunyai 8-12 aksara, tiada jarak dibenarkan dan mesti alphanumeric (gabungan nombor, abjad, huruf besar, huruf kecil dan simbol)
  11. Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi password
  12. Kemudian, tekan butang Request for TAC. Anda akan menerima kod TAC secara SMS di telefon anda. Setelah mendapat SMS ini, masukkan nombor TAC yang terdapat dalam SMS, ke ruangan TAC yang disediakan.
  13. Tekan butang Next.
  14. Penukaran password anda berjaya. Anda boleh login semula dengan menggunakan password yang baru ini untuk akaun anda.

 

Soalan Lazim 

 

Bagaimana jika ada cuba masuk akaun Maybank2u saya?

Macam mana nak buat jika  akaun Maybank2u saya kena block ?

Berapa no fraud hotline Maybank2u?

Berapa nombor  Customer Care Hotline maybank2u?

 

Jika anda rasa ada orang cuba masuk akaun Maybank2u hingga kena block atau sudah locked, sila hubungi:

Fraud Hotline:

+603 5891 4744

Customer Care Hotline:

1-300 88 6688 (Malaysia)

+603-7844 3696 (Overseas)

Email: [email protected]

 

Artikel Lain

FIRST TIME LOGIN MAYBANK2U (Cara Login Buat Kali Pertama)

 

1 thought on “Cara Tukar Password Maybank2u(Reset Kata Laluan Jika Terlupa)”

Leave a Comment