CARA BUAT WASIAT (Kenapa Perlu Di Buat & Kepentingan Merancang Harta)

Perancangan pembahagian harta pusaka boleh menggunakan instrument Wasiat, Hibah dan waqaf. Kepentingan merancang harta supaya dapat memberi manfaat yang berterusan kepada waris.
Penyediaan wasiat dapat menyelesaikan banyak kemelut pada kemudian hari. Walaubagaimanapun, dari sudut teknikaliti masih ramai yang keliru dan tidak tahu bagaimana untuk buat sebuah dokumen perwarisan harta yang lengkap.Bagaimana cara untuk buat wasiat? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
KENAPA PERLU BUAT WASIAT?
Di Malaysia, orang Islam dan bukan Islam tertakluk di bawang undang-undang pewarisan yang berbeza iaitu:
- Bagi orang Islam – harta pusaka yang tidak diwasiatkan akan dibahagikan mengikut Faraid manakala
- Bagi orang bukan Islam – keutamaan akan diberikan kepada mereka yang menguruskan pengebumian dan pembayaran hutang tertunggak.
CARA BUAT WASIAT
Berikut adalah merupakan sedikit panduan cara untuk membuat wasiat:
- Kumpul dan senaraikan segala aset dan liabiliti semasa
- Senaraikan semua aset dan hutang (liabiliti) yang anda miliki sekarang.
- Simpan semua dokumen-dokumen berkaitan dalam satu fail khas. Labelkan fail tersebut untuk memudahkan waris mencarinya setelah anda tiada nanti.
- Anda boleh gunakan Google Doc, Goole Sheet atau atau apa-apa aplikasi dalam talian untuk senaraikan kesemua aset dan hutang yang anda miliki dan buat dua simpanan (softcopy/hardcopy) untuk diletakkan sekali dalam fail tersebut.
- Lantik wasi atau AJK Pusaka
- Apakah tugas wasi ini?
- Wasi adalah pemegang amanah yang bertanggungjawab untuk menguruskan harta pusaka anda, mengikut wasiat atau pesanan anda. Kebiasaanya, anda disarankan untuk melantik ahli keluarga terdekat yang anda percaya akan berlaku amanah setelah pemergian anda nanti.
- Apa akan terjadi sekiranya anda tidak melantik wasi?
- Waris perlu mendapatkan kata sepakat untuk melantik seorang wakil untuk menguruskan harta pusaka. Permuafakatan ini akan memanjangkan lagi proses menuntut harta pusaka nanti.
- Apakah tugas wasi ini?
- Sediakan dana pantas
- Apa yang dimaksudkan dengan dana pantas ini?
- Dana pantas adalah aset tunai yang boleh dituntut oleh waris secara langsung selepas anda meninggal dunia tanpa perlu melalui proses untuk dapatkan surat perintah kuasa.
- Contoh aset dana pantas adalah duit dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP ) dan Tabung Haji yang telah berpenama. Pampasan takaful berpenama pun termasuk dalam aset dana pantas.
- Kenapa perlu ada dana pantas?
- Ini untuk memudahkan waris anda menguruskan harta pusaka. Kena ingat nak urus harta pusaka bukan percuma! Ada kos yang perlu dikeluarkan. Telah terjadi banyak kes harta pusaka yang terus terbeku kerana waris tiada tunai untuk uruskan harta pusaka arwah.
- Walaupun anda tinggalkan RM2 juta dalam akaun bank sekalipun, wang tersebut akan terus dibekukan jika waris anda tiada tunai sekurang-kurangnya 5% daripada keseluruhan harta pusaka anda. Akhirnya waris langsung tidak dapat menuntut manfaat daripada harta pusaka
- Apa yang dimaksudkan dengan dana pantas ini?
- Dokumen yang disediakan mesti bertulis, bertarikh dan bersaksi
- Penting sekiranya nak buat wasiat, pastikan dokumen pewarisan tersebut lengkap bertarikh dan mempunyai saksi. Ini bagi mengelakkan pertikaian antara waris setelah anda meninggal dunia sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pesanan anda semasa hidup.
- Dengan adanya dokumen lengkap sebegini, mudah bagi wasi atau AJK pusaka untuk laksanakan pesanan arwah. Sama ada arwah ada berwasiat, buat hibah atau waqafkan sebahagian daripada hartanya.
- Dapatkan khidmat pakar
- Sewajarnya juga anda cari dan dapatkan khidmatan pakar pewarisan harta pusaka untuk bantu rancang harta anda.
- Terdapat banyak pilihan khidmat pakar pewarisan di Malaysia, boleh cari dan dapatkan konsultasi dari mereka.
- Yang penting adalah anda rancang dan pastikan harta yang anda kumpul selama ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada waris, tetapi kepada anda apabila sebahagian daripadanya disedekah atau diwaqafkan untuk manfaat umum
CARA BUAT WASIAT SISWA MAIS (Daftar Login & Berapa Bayaran siswa.mais.gov.my)
Kepada Selangor khususnya yang ingin membuat hibah rumah, hibah tanah, hibah motor dan sebagainya, anda boleh membuat melalui SISWA-MAIS. Berikut adalah caranya, semoga membantu:
- Layari pautan SISWA-MAIS: https://siswa.mais.gov.my/login
- Sekiranya anda pengguna kali pertama, klik pada Daftar Sekarang
- Lengkapkan maklumatyang diperlukan seperti:
- Gelaran
- Nama Penuh
- MyKad
- Telefon Bimbit
- ID Pengguna
- E-mel
- Kata Laluan
- Sahkan Kata Laluan
- Kemudian Tick persetujuan pada ruang Terma dan Syarat serta Notis PDPA
- Seterusnya klik pada Daftar Sekarang
- Setelah pendaftaran anda selesai, anda boleh Log masuk kembali akaun anda dengan menggunakan ID Pengguna dan kata Laluan
- Kemudian ikut langkah-langkah yang disediakan. pada menu bahagian bawah ada butang bantuan, klik untuk dapatkan manual penggunaan
- Untuk makluman anda, kadar Bayaran untuk buat wasiat dan Hibah cuma RM300 minimum.
NOTA:
- Sekiranya anda tidak mempunyai harta, anda boleh ambil plan hibah dari syarikat takaful dan hibahlah wang ringgit sebanyak suku juta – RM250,000.00 pada pasangan dan anak-anak anda. Kadar bayaran cuma RM56.25 sahaja sebulan bagi yang berumur 35 tahun ke bawah.
SOALAN LAZIM
Adakah boleh wasiat dibuat secara lisan?
- Boleh, tetapi adalah tidak digalakkan kerana akan berlaku pertikaian di kemudian hari.
Adakah wajib untuk membuat wasiat?
- Tidak wajib berwasiat, tetapi ia adalah satu amalan yang dianjurkan oleh Islam seperti dinyatakan oleh Rasullulah dari Abdullah Bin Umar: “Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya.” (Riwayat Bukhari)
Adakah wasiat boleh dibatalkan atau diubah?
- Ya boleh. Hanya menulis surat ringkas kepada wasi menyatakan menbatalkan wasiat. Bagi situasi lain pula, wasiat terkini akan membatalkan wasiat yang lama secara automatik. Jika ingin menukar isi kandungan wasiat, pewasiat sahaja yang dibenarkan ubah. Itu bagi situasi pewasiat masih hidup.
- Bagi kes pewasiat sudah meninggal pula bagaimana? Perbincangan antara waris akan memainkan peranan besar samada ingin melaksanakan seperti dalam kandungan wasiat atau sebaliknya secara samarata / muafakat / faraid, waktu inilah kepakaran wasi diperlukan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara buat wasiat, anda boleh layari website rasmi AmanahRaya di pautan https://www.amanahraya.my/ms/perkhidmatan-wasiat/
ARTIKEL LAIN
1 thought on “CARA BUAT WASIAT SISWA MAIS (Daftar Login & Berapa Bayaran siswa.mais.gov.my)”