CONTOH PAYMENT VOUCHER TERKINI (PDF Sample Baucar Pembayaran)

CONTOH PAYMENT VOUCHER TERKINI (PDF Sample Baucar Pembayaran)

CONTOH PAYMENT VOUCHER

Sekiranya anda merupakan seorang peniaga, seharusnya anda menciptakan payment voucher untuk diberikan kepada pelanggan sebagai satu bukti transaksi pembayaran yang dilakukan. Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh payment voucher yang terkini untuk rujukan anda, semoga membantu.

 

APA ITU PAYMENT VOUCHER

Payment voucher (baucer bayaran) merupakan satu penyata bayaran yang dikeluarkan oleh organisasi atau syarikat kepada pelanggan apabila melakukan transaksi pembayaran. Ia merupakan satu bentuk penyata bayaran yang dijadikan sebagai rekod organisasi apabila melakukan pembayaran kepada pihak lain. Semakan pembayaran juga boleh dijejaki dengan adanya payment voucher ini.

 

KELEBIHAN PAYMENT VOUCHER

Berikut adalah merupak kelebihan sekiranya syarikat anda mempunyai payment voucher iaitu:

  • Memudahkan urusan organisasi untuk merekod segala transaksi dan pembayaran kepada pihak luar.
  • Dijadikan sebagai bukti aliran wang keluar bagi kegunaan aktiviti yang melibatkan syarikat atau organisasi.
  • Memudahakan pihak seperti pihak LHDN, auditor dan akauntan untuk menyediakan laporan kewangan tahunan syarikat.
  • Segala transaksi pembayaran dapat dipaparkan secara jelas menerusi laporan kewangan tahunan syarikat dan ianya dapat meningkat produktiviti, imej dan prestasi sesebuah syarikat dari segi pengurusan kewangan.
  • Menunjukkan kecekapan pengurusan sesebuah syarikat dalam menguruskan bayaran.
  • Memudahkan pengurusan kewangan syarikat dan proses audit pada setiap tahun.

 

FORMAT PAYMENT VOUCHER

Berikut adalah merupakan antara maklumat yang perlu ada pada payment voucher iaitu:

  1. Informasi berkenaan syarikat seperti logo, nama, alamat, emel, nombor pendaftaran dan nombr telefon syarikat/ organisasi
  2. Setiap payment voucher mestilah mempunyai nombor siri supaya ianya mudah untuk direkodkan dan disemak.
  3. Mempunyai butiran berkenaan yang dibuat bayaran kepadanya seperti bayar kepada siapa, jumlah pembayaran, tarikh pembayaran dibuat dan tujuan pembayaran.
  4. Mengandungi maklumat pembayaran dan kaedah pembayaran sama ada tunai atau menerusi perbankan atas talian.
  5. Mengandungi bahagian tandatangan pihak berkuasa seperti majikan, pengurus, ketua pentadbir, ketua kewangan dan seumpama dengannya

 

CARA BUAT PAYMENT VOUCHER ONLINE

Kepada anda yang ingin mencipta payment voucher tersendiri mengikut kreativiti dan logo organisasi, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Canve: https://www.canva.com
  2. Klik pada bahagian Search dan taip Payment Voucher.
  3. Senarai template yang menarik berkenaan payment voucher akan dipaparkan untuk pilihan pengguna. Klik pada template yang anda inginkan
  4. Klik pada Use this template jika ingin membuat pindaan template baucer yang dipilih mengikut kreativiti dan citarasa pengguna.
  5. Setelah edit template voucher tersebut, klik pada butang Share.
  6. Kemudian, klik pada bahagian Download.
  7. Selesai, payment voucher anda boleh digunakan untuk transaksi pembayaran.

 

CONTOH PAYMENT VOUCHER

Beikut adalah merupakan antara contoh payment voucher yang dicipta sendiri seperti berikut:

ARTIKEL BERKAITAN

Leave a Comment