PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL ONLINE
Sekiranya berlaku kematian, seduah semestinya banyak proses yang perlu dilaksanakan. Antaranya ialah urusan pembahagian harta pusaka kecil dari si mati yang melibatkan beberapa hartanah yang ditinggalkan. Disini kami akan kongsikan cara permohonan pembahagian harta pusaka kecil secara online di website Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG), semoga membantu.
APA ITU HARTA PUSAKA KECIL
Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati dan mempunyai ciri – ciri berikut :-
- Simati tidak meninggalkan wasiat
- Harta si mati terdiri daripada :
- Harta Tak Alih (Tanah/Rumah) sahaja, atau
- Harta Tak Alih (Tanah/Rumah ) bersama-sama dengan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan, carumah KWSP/Insuran ( tanpa penama ), ASN/ASB dan sebagainya
- Jumlah nilaian keseluruhan harta itu hendaklah tidak melebihi RM2 juta pada tarikh permohonan dibuat
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON
Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:-
- Waris – waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;
- Pemiutang dan pengkaveat;
- Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
- Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
- Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
- Amanah Raya Berhad
CARA PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL ONLINE
Untuk membuat permohonan online. berikut adalah merupakan caranya:
- Layari website JKPTG: https://www.myetapp.gov.my/
- Pada menu utama klik pada Pengguna Awam
- Sekiranya anda pengguna baru, hendaklah klik pada Daftar Akaun Baru
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan kemudian tekan Hantar
- Log masuk kemablai menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Lalaun anda.
- Buat permohonan anda sehingga selesai.
CARA PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL DI JKPTG
Anda juga boleh membuat permohonan di JKPTG, berikut adalah merupakan caranya:
- Muat turun permohonan Borang A
- Lengkapkan borang tersebut dengan betul
- Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:-
- Bukti Kematian.
- Sijil kematian/permit menguburkan; atau
- Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan, contohnya bagi kematian semasa pendudukan Jepun dan sebelumnya; atau
- Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian.
- Dokumen Harta Tak Alih – Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati atau surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan, salinan resit cukai pintu bagi kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluarkan dan resit cukai tanah (jika ada).
- Salinan dokumen harta – harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya yang terkini.
- Bukti Kematian.
- Hantarkan ke cawangan JKPTG yang berhampiran anda.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan amda menyemak semak senarai dokumen penting yang diperlukan. Senarai semak boleh dirujuk pada pautan ini https://www.jkptg.gov.mySENARAI_SEMAK_BORANG_A.pdf
CARA HARTA PUSAKA KECIL DIBAHAGIKAN
- Pembahagian adalah mengikut Hukum Syarak bagi orang Islam.
- Bagi bukan Islam, Pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).
- Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka simati bersetuju.
- Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan – kawasan Penempatan Berkelompok )1960 tidak boleh dibuat lebih dari dua orang. Jika lebih dari dua orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada dua orang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak.
- Jika simati meninggalkan tanah di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau , Tampin dan Jempol dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri Sembilan, pembahagian pusakanya adalah mengikut Bahagian III Akta.
- Perintah jualan secara tender dalam keadaan tertentu mengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai pembahagian Harta Pusaka Kecil ini, anda boleh merujuk soalan Lazim (FAQ) di pautan https://www.jkptg.gov.my/index.php/my/permohonan-pusaka
ARTIKEL LAIN
CARA BUAT WASIAT (Kenapa Perlu Di Buat & Kepentingan Merancang Harta)
2 thoughts on “PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL ONLINE 2023”