AMANAHRAYA LOGIN (Semakan Permohonan Pentadbiran Harta Pusaka Amanah Safecare Wasiat)
Kepada anda yang ingin berurusan degan Amanah Raya, sudah semestinya ingin mengetahui perkhidmatan yang tersedia dan juga bayaran yang akan dikenakan. Disini kami kongsikan kepada anda mengenai Amanahraya, semoga membantu.
APA ITU AMANAH RAYA
Amanah Raya Berhad, sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang AmanahRaya dan Pegawai Pentadbir Pusaka yang telah ditubuhkan sejak tahun 1921 merupakan sebuah syarikat Pemegang Amanah utama di Malaysia yang telah dikorporatkan pada tahun 1995.
Ia menawarkan perkhidmatan Pengurusan Pewarisan kepada masyarakat di samping memperkukuhkan perniagaan di dalam pelbagai portfolio melalui produk dan perkhidmatan yang berinovatif agar mampu mengekalkan tahap kecemerlangan operasi.
PERKHIDMATAN AMANAH RAYA
Berikut adlaah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Amanah Raya iaitu:
- Pentadbiran Pusaka “Legasi Anda Keutamaan Kami”
- Pengurusan Amanah “Melindungi Legasi Anda”
- Perkhidmatan Wasiat “Sediakan Wasiat anda hari ini”
LOKASI AMANAH RAYA
Pada masa kini AmanahRaya mempunyai 20 cawangan di seluruh Malaysia. Sila rujuk lokasi di bawah untuk maklumat cawangan yang berhampiran.
- Cawangan Amanah Raya
PENTADBIRAN PUSAKA AMANAHRAYA
Pentadbiran Pusaka merupakan proses mengumpul dan menguruskan aset-aset dan hutang-piutang simati dan mengagihkan Pusaka kepada waris yang berhak.
Waktu Permohonan
- Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kematian simati.
- Walaubagaimanapun, dinasihatkan permohonan dibuat dengan segera atau sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh kematian simati.
- Ini bagi mengelakkan berlakunya kemungkinan kematian berlapis atau risiko kehilangan dokumen penting yang akan merumitkan lagi urusan permohonan dan/atau pentadbiran harta pusaka simati.
Kadar Bayaran (FI)
5% | bagi RM25,000 yang pertama |
4% | bagi baki yang berikutnya sehingga RM225,000 |
3% | bagi baki yang berikutnya sehingga RM250,000 |
2% | bagi baki yang berikutnya sehingga RM500,000 |
1% | bagi baki selebihnya |
Tempoh Proses
- Jika harta pusaka hanyalah harta alih sahaja, ianya dijangka akan mengambil masa 4 hingga 6 bulan. Jika ianya melibatkan harta tak alih, dijangkakan akan mengambil masa 12 bulan (setahun).
- Perlu diingatkan bahawa tempoh masa pemprosesan ini juga bergantung kepada maklum balas dan kerjasama daripada waris dan pihak ketiga yang berurusan dengan Amanah Raya.
Cara Permohonan
- Muat turun Borang Permohonan Pentadbiran Harta Pusaka Amanahraya
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap pada borang tersebut
- Serahkan borang tersebut beserta bayaran perkhidmatan yang dikenakan di cawangan Amanah raya yang berhampiran dengan anda.
PENGURUSAN AMANAH AMANAHRAYA
Akaun Amanah membantu anda menyediakan jaminan kewangan untuk mereka yang tersayang. Ia boleh dibuka oleh mana-mana individu atau pertubuhan korporat bagi manfaat penerima yang dihajati seperti penerima bawah umur, orang kelainan upaya dan bagi sebarang tujuan kebajikan dalam tempoh tertentu.
Jenis Akaun Amanah
- Amanah Institusi
- Amanah Safecare
- Akaun Amanah Lain:
- Standard Amanah Biasa
- Amanah Terus
- Amanah Hartanah
- Amanah Kebajikan
Jumlah Minima Pembukaan Akaun
- Jumlah minima untuk pembukaan akaun Amanah Biasa adalah sebanyak RM2,000 dan Amanah Safecare adalah RM50,000.
Cara Permohonan
- Muat turun Borang Permohonan Pembukaan Akaun Amanah Amanahraya
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap pada borang tersebut
- Serahkan borang tersebut beserta bayaran perkhidmatan yang dikenakan di cawangan Amanah raya yang berhampiran dengan anda.
Cara Pengeluaran Wang Amanah
- Wang amanah boleh dikeluarkan bagi tujuan pembayaran nafkah, pendidikan, perayaan atau apa-apa perbelanjaan lain demi kebajikan anak tersebut.
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Bayaran Nafkah dan Lain-Lain Perbelanjaan yang boleh didapati di mana-mana kaunter AmanahRaya atau boleh juga membuat permohonan melalui surat yang dialamatkan ke cawangan AmanahRaya yang berdekatan.
PERKHIDMATAN WASIAT AMANAH RAYA
Wasiat merupakan dokumen Undang-Undang yang menyatakan arahan bagaimana aset anda ingin diuruskan selepas kematian.
Perkhidmatan Wasiat
- Untuk Orang Islam
- Wasiat membolehkan anda memperuntukkan 1/3 daripada harta anda kepada mana-mana individu atau organisasi pilihan anda.
- Tanpa Wasiat, semua harta anda akan diagihkan mengikut Faraid atau mengikut pemuafakatan waris.
- Untuk Orang Bukan Islam
- Wasiat membolehkan anda mengagihkan kesemua asset anda kepada mana-mana individu atau organisasi pilihan anda.
- Tanpa Wasiat, harta anda akan diagihkan mengikut Akta Pembahagian 1958 atau mengikut pemuafakatan waris.
Jenis Wasiat Dan Bayaran
- Wasiat Asas: bayaran adalah sebanyak RM500
- Wasiat Komprehensif: bayaran adalah sebanyak RM1,200
Harta Yang Boleh Diwasiatkan
- Semua jenis harta yang dimiliki oleh individu boleh diwasiatkan samada harta alih atau harta tidak alih. Harta alih adalah seperti akaun bank, saham, kenderaan, emas, insuran, saham perniagaan dan lain-lain. Manakala, Harta tidak alih seperti tanah, rumah dan bangunan.
Cara Permohonan Wasiat
- Muat turun Borang Wasiat Amanahraya
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap pada borang tersebut
- Serahkan borang tersebut beserta bayaran perkhidmatan yang dikenakan di cawangan Amanah raya yang berhampiran dengan anda.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai wasiat Amanah Raya, anda boleh merujuk website rasmi Amanah Raya atau kunjungi cawangan yang berhampiran.
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL ONLINE 2022