CARA BUAT PENGESAHAN AKAUN BANK SHOPEE TERBARU(Update & Kemaskini)

CARA BUAT PENGESAHAN AKAUN BANK SHOPEE TERBARU(Update & Kemaskini)

PENGESAHAN AKAUN BANK SHOPEE

Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Sudah semestinya anda juga sentiasa membuat pembelian online menggunakan platform Shopee.

Sekiranya anda pengguna baharu sudah semestinya anda perlu membuat pengesahan akaun bank terlebih dahulu supaya anda dapat masukkan duit dari ewallet ke akaun bank anda. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SHOPEE

Shopee ialah platform E-Dagang yang beribu pejabat di Singapura di bawah Sea Group (sebelum ini dikenali sebagai Garena), yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Forrest Li.Pembeli pertama dilancarkan di Singapura pada tahun 2015, dan sejak diperluas jangkauannya ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN SHOPEE

Antara kelebihan menggunakan platform Shopee adalah:

  • Kepelbagaian produk pada harga yang sangat berpatutan.
  • Setiap pembelian dilindungi oleh Shopee Guarantee di mana pembayaran anda disimpan oleh sistem kami dan hanya akan dibayar kepada penjual apabila anda menerima produk dalam keadaan yang baik.
  • Kemudahan penghantaran percuma sehingga 5kg di Semenanjung Malaysia dan 1kg di Sabah dan Sarawak.
  • Shopee Mall menyediakan produk-produk berjenama yang tulen pada harga yang sangat berpatutan.
  • Kempen jualan yang memberikan anda diskaun harga yang hebat. 7 Orange Madness, 9.9 Super Shopping Day, 10.10 Brands Festival, 11.11 Big Sale, 12.12 Birthday Sale, Raya Sale dan

 

CARA PENGESAHAN AKAUN BANK SHOPEE

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pengesahan akaun bank Shopee anda:

  1. Buka Aplikasi Shopee anda atau layaru website: https://shopee.com/
  2. Pada paparan utama, klik pada Me
  3. Kemudian klik pada Shopee Pay
  4. Sahkan identity verification dengan menggunakan Use Biometricd Authentication
  5. Setelah selesai, klik pada Setting
  6. Kemudian pilih Withdrawal options
  7. Klik pada Add Bank Account
  8. Masukkan maklumat yang diperlukan:
    • Nama Penuh seperi dalam akaun bankyang anda daftarkan
    • No Akaun Bank
    • Nama Bank
  9. Proses pengesahan akaun bank anda selesai

 

CARA LINK AKAUN BANK DENGAN SHOPEEPAY

Untuk memudahkan urusan pembayaran menggunakan shopeePay, anda boleh link kan dengan akaun babnk anda yang telah berdaftar dengan shopeePay seperti di atas. Berikut adalah cara untuk link kan.

  1. Buka Aplikasi Shopee anda
  2. Klik pada Me
  3. Seterusnya klik pada Setting > Linked Payment Methods
  4. Sekiranya terdapat banyak pilihan bank anda, pilih salah satu akaun bank yang anda ingin link kan
  5. Selesai

 

ARTIKEL LAIN

ePEMULA SHOPEE (Cara Tebus & Guna Kredit RM150 Guna ShopeePay)

 

1 thought on “CARA BUAT PENGESAHAN AKAUN BANK SHOPEE TERBARU(Update & Kemaskini)”

Leave a Comment