ePEMULA SHOPEE (Cara Tebus & Guna Kredit RM150 Guna ShopeePay)

ePEMULA SHOPEE (Cara Tebus & Guna Kredit RM150 Guna ShopeePay)

ePEMULA SHOPEE SHOPEEPAY

Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang berusia antara 18 hingga 20 tahun , anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet melalui program ePemula menerusi pembentangan Bajet 2022 yang telah diumumkan.

Disini kami akan kongsikan cara penebusan melalui ShopeePay, semoga membantu.

 

 APA ITU ePEMULA

ePemula adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dan bertujuan untuk:

  • Meringankan beban kewangan belia;
  • Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan
  • Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk bancar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran dan reward points (coins).

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN ePEMULA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk permohonan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belia berumur 18 hingga 20 tahun (lahir pada tahun 2002 hingga 2004)
  3. Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (TANPA HAD UMUR) di peringkat setara Diploma SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi berdaftar dengan salah satu Kementerian berikut:
    • Kementerian Pendidikan Tinggi
    • Kementerian Pendidikan
    • Kementerian Belia dan Sukan
    • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
    • Kementerian Pembangunan Luar Bandar
    • Kementerian Sumber Manusia
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
    • Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan

 

TARIKH PERMOHONAN ePEMULA

Permohon yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula sekali sahaja, bermula jam 8.00 pagi pada 11 Aprril 2022 sehingga 11.59 malam pada 01 Jun 2022

 

KADAR BAYARAN ePemula

Bayaran sebanyak RM150 secara one-off ke dalam akaun e-wallet yang terlibat

 

CARA PERMOHONAN KREDIT ePEMULA SHOPEEPAY

Kepada belia yang berkelayakan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya menggunakan ShopeePay:

  1. Buka aplikasi Shopee anda
  2. Klik pada home, anda akan melihat paparan “Claim ePemula RM150 & Get EXTRA RM500”
  3. Klik pada paparan tersebut.

 

CARA PENEBUSAN KREDIT ePEMULA SHOPEEPAY

Setelah anda membuat permohan tersebut, berikut adalah merupakan cara penebusan:

  1. Anda dikehendaki untuk mengaktifkan dan pengesahan akaun (verify) ShopeePay anda
  2. Untuk membuat pengesahan, anda hanya perlu mengambil selfie dan melengkapkan maklumat peribadi anda
  3. RM150 dari kerajaan akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda dan anda layak untuk mendapatkan ganjaran ekslusif ePemula dari Shopee!

 

CARA MENGGUNAKAN KREDIT ePEMULA SHOPEEPAY

Setelah proses penebusan anda berjaya, anda akan melihat sebanyak RM150 dalam ewallet ShopeePAy anda. Anda boleh menggunakan kredit ini seperti berikut:

  1. Membuat pembayaran kedai runcit yang menerima kaedah transaksi ShopeePay.
  2. Sebarang pembayaran luar talian yang menggunakan kaedah ShopeePay

Walaubagaimanapun anda tidak boleh menggunakan kredit ini dalam talian seperti:

  • Pemindahan rakan ke rakan
  • Pengeluaran tunai
  • Pembayaran bil utiliti bersepadu aplikasi
  • Pembayaran bersepadu aplikasi yuran / Pembayaran berkaitan kerajaan
  • Pembayaran bersepadu bil pascabayar telco dan tambah nilai perkhidmatan bil prabayar
  • Pembelian games di aplikasi
  • Pembayaran parking
  • Aktiviti berkaitan pelaburan
  • e-dagang atau transaksi dalam talian

 

BAUCER TAMBAHAN YANG DITAWARKAN OLEH SHOPEE

  • ShopeePay akan menawarkan tambahan baucar RM500 ShopeePay, ShopeeFood dan ShopeeMall untuk semua pemohon ePemula yang layak.
  • Baucar tambahan ini akan dikreditkan kepada anda secara langsung dalam tempoh 1 hari selepas pemohon ePemula berjaya.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai penebusan ePemula menggunakan ShopeePay, anda boleh merujuk soalan lazim (FAQ) di pautan berikut: https://shopee.com.my/m/shopee-epemula-frequently-asked-questions

 

ARTIKEL BERKAITAN

Anda juga boleh mengetahui cara penebusan kredit ePemula menggunakan eWallet Touch n Go, BigPay & GrabPay.

1 thought on “ePEMULA SHOPEE (Cara Tebus & Guna Kredit RM150 Guna ShopeePay)”

Leave a Comment