Kunci Kereta Hilang (Berapa Harga Buat Kunci Spare Kereta)

Kunci Kereta Hilang (Berapa Harga Buat Kunci Spare Kereta)

Kunci Kereta Hilang

Mungkin ramai yang pernah mengalami situasi cemas ini kan? Kalau dulu, kunci kereta hilang bukanlah suatu masalah besar kerana kunci kereta senang untuk digantikan tanpa perlu ke pusat servis untuk mendapatkan kunci baharu. Tapi selari dengan peredaran zaman, kunci kereta kini juga semakin canggih menyebabkan kunci kereta hilang menjadi suatu masalah yang besar.

 

Apakah Yang Anda Perlu Tahu & Langkah Yang Boleh Anda Ambil?

Bila kunci kereta hilang, ia bukan sekadar memeningkan kepala, malah membantutkan segala rancangan atau urusan yang telah direncanakan. Anda tidak boleh bergerak ke mana-mana selagi kunci kereta yang hilang tidak ditemui atau selagi anda belum tukar kunci kereta yang hilang dengan kunci baharu. Sekiranya anda berdepan situasi sebegini, anda mungkin boleh praktikkan tips berikut:

 

  1. Jangan Panik & Kekal Tenang

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah kekal bertenang. “Kalau taknak, mesti jumpa. Kalau nak, memang tak jumpa” – anda mungkin biasa berdepan situasi sebegini, bukan? Sebenarnya, kalau anda mencari sesuatu benda dalam keadaan gelabah atau tergesa-gesa, anda cenderung untuk menjadi tidak fokus. Oleh sebab itu, anda perlu kekal tenang untuk membolehkan anda boleh berfikir dengan betul dan waras. Ingat lokasi terakhir anda melihat atau memegang kunci kereta anda. Periksa kawasan yang biasa anda gunakan seperti ruang tamu, dapur atau bilik tidur anda, atau dalam beg tangan, rak kasut dan sebagainya. Anda juga boleh pertimbangkan lokasi-lokasi biasa sebegini:

  • Kunci Tertinggal dalam Kereta
  • Celah-celah Sofa Rumah, dalam Poket Seluar
  • Rak Mainan, Tempat Mainan Kanak-kanak
  • Dalam Mesin Basuh

 

  1. Dapatkan/ Sediakan Maklumat Kereta

Perkongsian maklumat yang lengkap kepada pengedar kereta atau tukang kunci mengenai kunci kereta yang hilang membolehkan proses tukar kunci kereta dapat dilakukan dengan lebih efisien.

  • Nombor pendaftaran kenderaan atau vehicle identification number (VIN)
  • Model kereta dan tahun buatan;
  • Nombor plat kereta
  • Maklumat pengenalan peribadi;
  • Lokasi semasa anda.

Maklumat-maklumat ini penting bagi membolehkan pihak pengedar kereta atau tukang kunci memprogramkan semula kunci ganti mengikut spesifikasi kunci asal sekali gus membolehkan anda menerima kunci ganti yang sesuai dengan model dan jenis kereta anda. Malah, ia juga bertindak sebagai pengesahan bahawa kunci kereta yang hilang benar-benar milik anda.

 

  1. Cara Ganti Kunci Kereta

Sekiranya kunci kereta anda hilang, anda perlu gantikan dengan segera bagi membolehkan urusan atau rancangan anda boleh diteruskan seperti biasa. Jika anda berdepan situasi sebegini, anda boleh mempertimbangkan untuk buat kunci kereta ganti atau penggantian kunci kereta hilang melalui cara-cara berikut:

  • Pusat servis atau pengedar kereta – biasanya, harga buat kunci spare kereta di sini lebih mahal berbanding perkhidmatan tukang kunci, dan tidak sesuai semasa situasi kecemasan kerana memakan masa yang lama;
  • Tukar kunci kereta dengan lakukan DIY sendiri – cara ini memerlukan peralatan dan pengetahuan tertentu untuk elakkan kerosakan pada mana-mana komponen kereta yang mungkin menelan belanja yang lebih tinggi berbanding harga buat kunci kereta di kedai
  • Perkhidmatan tukang kunci – cara tukar kunci kereta ini lebih cepat, efisien dan menjimatkan.

 

Penukaran Kunci Kereta & Jenis Kunci Kereta di Pasaran

Kebanyakan tukang kunci kereta memiliki teknologi dan peralatan yang membolehkan mereka memprogramkan semula sistem kunci kereta baharu atau duplicate kunci kereta yang hilang tanpa kunci asal. Meskipun begitu, anda perlu sekurang-kurangnya mengetahui jenis kunci kereta anda untuk memudahkan proses penggantian kunci kereta ini berjalan dengan lancar. Berikut adalah senarai jenis kunci kereta untuk rujukan anda:

 

  1. Kunci Kereta Tradisional

Sekiranya kereta anda menggunakan kunci kereta jenis ini, minta bantuan tukang kunci untuk buat kunci kereta ganti untuk kereta anda. Biasanya, kunci kereta tradisional boleh digantikan dengan mudah kerana mekanisme sistem kunci ini tidak terlalu kompleks dan sukar seperti kunci kereta yang lain. Meskipun begitu, anda mungkin perlu menukar silinder kunci pencucuh (ignition lock) kepada yang baharu kerana ada sesetengah keadaan kunci ganti yang dibuat tidak sepadan dengan silinder kunci pencucuh yang lama.

 

  1. Kunci Kereta Boleh Lipat

Kalau anda perasan, pengeluar kereta kini menggunakan mekanisme kunci kereta boleh lipat bagi kebanyakan model kereta baharu. Sama seperti pisau lipat, kunci kereta boleh lipat membolehkan anda melipat kunci kereta apabila tidak digunakan dan anda hanya perlu menekan butang kecil sekiranya ingin gunakan kunci kereta. Ia sekali gus bertindak sebagai perlindungan tambahan yang boleh membantu mencegah kecurian. Meskipun begitu, anda mungkin berdepan masalah apabila kunci kereta ini hilang kerana tanpa transponder, anda tidak dapat menghidupkan kereta anda. Biasanya, harga tukar kunci kereta jenis ini lebih mahal berbanding kunci biasa yang lain.

 

  1. Kunci Transponder

Selain lebih moden, harga duplicate kunci kereta jenis ini juga dikatakan lebih mahal berbanding kunci tradisional. Kunci transponder ini secara asasnya dilengkapi dengan built-in chip yang akan memberi isyarat kepada ECU kereta bahawa kunci yang betul dan sesuai sedang digunakan. Jika tidak, enjin kereta anda mungkin menghadapi kesukaran untuk dihidupkan. Jika kunci kereta jenis ini hilang, hubungi tukang kunci yang mempunyai kepakaran mengendalikan kunci sebegini kerana mereka biasanya memiliki kunci spare dengan cip yang sama dengan kunci kereta asal.

 

  1. Kunci Kereta dan Fob Luaran

Jika kereta anda menggunakan kunci kereta dengan fob luaran, anda masih boleh mengakses kereta anda mengunakan kunci yang ada sekiranya fob luaran kereta anda hilang. Meskipun begitu, dalam situasi kunci kereta hilang tetapi fob masih ada, anda perlu buat kunci ganti untuk menghidupkan kereta anda kerana fob luaran hanya membolehkan anda mengakses kereta tetapi tidak menghidupkan kereta anda. Sekiranya anda berdepan situasi hilang kedua-dua kunci kereta dan fob luaran, anda disarankan untuk menggantikan kunci kereta terlebih dahulu sebelum menggantikan fob.

 

  1. Smart Key

Boleh dikatakan hampir kebanyakan model kereta baharu hari ini dilengkapi dengan sistem keyless entry dan butang push start. Sekiranya smart key kereta anda hilang, anda tiada pilihan lain selain membawa kereta anda ke wakil pengedar terdekat untuk mendapatkan kunci ganti yang sesuai. Penggunaan teknologi dan sistem elektronik yang lebih moden secara tidak langsung menyukarkan anda untuk mendapatkan kunci spare dengan lebih mudah dan cepat. Anda mungkin perlu tunggu lebih lama sebelum mendapatkan kunci ganti yang sepadan untuk kereta disebabkan oleh masalah kekurangan stok. Selain masa, anda mungkin juga terpaksa berdepan dengan peningkatan kos yang lebih tinggi sekiranya berlaku kehilangan kunci kerana proses penggantian yang lebih rumit.

 

Berapakah Harga Duplicate Kunci Kereta?

Biasanya, proses penggantian kunci hilang memakan masa antara 10 hingga 30 minit, bergantung pada jenis kunci kereta dan tahap kerumitan sistem transponder kereta.

  • Harga duplicate kunci kereta pula adalah sekitar RM100 hingga RM300 (atau mungkin lebih) bergantung pada model, jenis kenderaan dan kerumitan proses tukar kunci kereta secara keseluruhan. Meskipun begitu, harga buat kunci spare kereta biasanya lebih murah jika menggunakan perkhidmatan tukang kunci berbanding pengedar kereta. Untuk lebih kepastian, dapatkan sebut harga terlebih dahulu untuk merancang kewangan dengan lebih baik.

 

ARTIKEL LAIN

Cara Guna Aplikasi SOCAR Sewa Kereta (Berapa Rate Harga & Pengalaman)

Bateri Kereta Kong Lemah (Cara Hidupkan Jumper Kereta Dengan Betul)

CARA POS HANTAR KERETA KE SABAH SARAWAK SEMENANJUNG(Semak Harga & Dokumen)

Leave a Comment