CARA BUAT PENGELUARAN ASB ONLINE 2024(Login MyASNB.COM.MY)

CARA BUAT PENGELUARAN ASB ONLINE (Login MyASNB.COM.MY)

CARA BUAT PENGELUARAN ASB ONLINE 2022(Login MyASNB.COM.MY)

Pengeluaran ASB kini menjadi semakin mudah kerana anda boleh keluarkan secara online melalui myasnb.com.my. Untuk makluman, pengeluaran ASB ini adalah percuma. Tidak akan dikenakan apa-apa caj.

Sebelum boleh keluarkan secara online, pastikan ada sudah register ASB online terlebih dahulu. 

 

CARA BUAT PENGELUARAN ASB ONLINE (Login MyASNB.COM.MY)

Berikut ialah langkah mudah untuk keluarkan duit ASB secara online:

  1. Layari laman web rasmi ASB di sini: www.myasnb.com.my
    • Ada dua pilihan bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan English
    • Pilih BM iaitu Bahasa Melayu
  2. Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
  3. Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
  4. Klik Teruskan
  5. Akan keluar satu frasa keselamatan
  6. Jika ini bukan frasa keselamatan yang anda pilih, jangan teruskan urusniaga. Klik Tidak.
  7. Jika ini ialah frasa keselamatan yang anda piliah, klik Ya.
  8. Masukkan Kata Laluan
  9. Klik menu Portfolio
  10. Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan
  11. Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi
  12. Klik butang Transaksi
  13. Pilih Jualan Balik
  14. Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
  15. Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum sebelum meneruskan transaksi.
  16. Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
  17. Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
  18. Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
  19. Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat
  20. Akan keluar satu popup yang menatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  21. Jika bersetuju, klik Teruskan
  22. Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
  23. Klik Permintaan TAC
  24. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan
  25. Klik Seterusnya
  26. Transaksi untuk buat pengeluaran ASB secara online kini sudah berjaya
  27. Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah  masuk

Sila ambil maklum bahawa waktu operasi untuk buat pengeluaran duit ASB secara online ialah dari hari Isnin – Ahad; iaitu dari jam 7.00 pagi – 6.00 petang. Selepas 6.00 petang, tiada urusniaga dibenarkan.

HAD MAKSIMUM PENGELUARAN ASB ONLINE

Untuk makluman, walaupun anda kini boleh keluarkan duit ASB secara online, ada had maksimum.

Pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan dimana had pengeluaran secara dalam talian atau online melalu myASNB dinaikkan ke RM2,000.

Untuk keluarkan duit dalam jumlah yang lebih besar dari RM2000, anda boleh baca cara keluarkan duit ASB di mana-mana cawangan dan juga ejen ASB yang berhampiran.

 

CONTOH PENGIRAAN UNTUK KELUARKAN ASB DALAM SEBULAN

(Akan dikemaskini)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda terlupa username atau password, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian ini:

  • 03 – 7730 8899

 

ARTIKEL LAIN 

CARA RESET PASSWORD MyASNB (Terlupa Kata Laluan ASB Online)

2 thoughts on “CARA BUAT PENGELUARAN ASB ONLINE 2024(Login MyASNB.COM.MY)”

Leave a Comment