CARA BELI SAHAM IPO ONLINE (MITI /Maybank2u/CIMB Bank)

CARA BELI SAHAM IPO ONLINE (MITI /Maybank2u/CIMB Bank)

BELI SAHAM IPO

Kini penggunaan perkhidmatan atas talian amat menggalakkan. Kepada para pelabur yang ingin membeli saham IPO secara boleh dibuat secara online. Disini kami akan kongsikan caranya melalui MITI, Maybank dan CIMB, semoga membantu.

 

 APA ITU IPO

Initial Public Offering (IPO) yang bermakna tawaran permulaan saham syarikat sebelum saham tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia. Melabur melalui IPO mempunyai kadar risiko yang agak rendah walaupun sukar untuk dapat. Secara asanya IPO dijual terlebih dahulu kepada pelabur institusi sebelum ia seterusnya dijual untuk pertama kali kepada pelabur umum.

 

KENAPA SYARIKAT PERLUKAN IPO

Sebab utama sesebuah syarikat perlu kepada IPO adalah untuk penambahan modal. Selain daripada meminjam daripada institusi kewangan untuk tujual modal, IPO juga semakin mendapat tempat di Malaysia.

 

CARA BUKA AKAUN SISTEM DEPOSITORI PUSAT (CDS)

Sebagai permulaan untuk beli saham IPO, pelabur hendaklah membuka akaun Sistem Depositori Pusat atau Central Depository System (CDS)  terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Para pelabur boleh membuka melalui agen yang sah
  2. Muat turun borang Permohonan CDS dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.

 

CARA BELI SAHAM IPO MITI

Sekiranya anda ingin membeli saham IPO melalui MITI, berikut adalah caranya:

 Syarat Kelayakan Bagi Individu

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berstatus Bumiputera;
  3. Berumur 18 tahun ke atas; dan
  4. Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi sekurang- kurangnya RM1,000.

Dokumen Yang Diperlukan Bagi Individu

  1. Mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara dalam talian;
  2. Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri;
  3. Salinan penyata bank 3 bulan terkini (transaksi beserta baki akhir); salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi bank juga diterima; ATAU
  4. Salinan penyata ASB/ASN/ASD/ASW 6 bulan terkini (secara dalam talian atau di cawangan ASNB); ATAU
  5. Salinan penyata Fixed Deposit 6 bulan terkini; ATAU
  6. Salinan penyata Tabung Haji terkini; dan
  7. Salinan Kad Pengenalan (berpalang) dan/atau Surat Pengesahan Status Bumiputera (Sabah/ Sarawak) yang jelas.

Cara Melanggan Saham IPO Melalui MITI Bagi Individu

  1. Layari pautan: https://sahamonline.miti.gov.my/
  2. Memasukkan ID Pengguna iaitu nombor MyKad.
  3. Pilih Jenis Pelabur Individu dan tekan Daftar
  4. Isi maklumat serta muat naik dokumen yang diperlukan
  5. Tick pada Kotak Pengakuan dan tekan Hantar
  6. Semak e-mel yang didaftar bagi membuat penukaran Kata Laluan Sementara
  7. Log Masuk dan semak maklumat saham IPO yang ditawarkan untuk memohon.

 

BELI SAHAM IPO MAYBANK

Sekiranya anda ingin membeli saham IPO melalui Maybank, berikut adalah caranya:

Syarat Kelayakan

  1. Penduduk dan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  2. Pemegang akaun simpanan Maybank (akaun persendirian/akaun bersama); dan
  3. Pemegang akaun CDS yang didaftarkan atas nama sendiri.

Cara Melanggan Saham IPO Melalui Maybank Bagi Individu

  1. Layari pautan: https://www.maybank2u.com.my/
  2. Log masuk akaun anda dan pilih Apply
  3. Klik pada Investment > eIPO dan klik Apply Now
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan, pilih IPO dari senarai yang diberi dan klik Submit
  5. Baca Terma dan Syarat yang diberi dan klik I agree
  6. Sahkan maklumat anda dan hantar permohonan.
  7. Cetak resit traksaksi untuk rujukan.

 

BELI SAHAM IPO CIMB

Sekiranya anda ingin membeli saham IPO melalui CIMB, berikut adalah caranya:

Syarat Kelayakan

  1. Penduduk dan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  2. Ahli berdaftar CGS-CIMB iTrade – perkhidmatan dagangan saham atas talian yang disediakan oleh CGS-CIMB Securities Sdn Bhd; dan
  3. Pemegang akaun CDS yang didaftarkan atas nama sendiri dan dibuka dengan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.

Cara Melanggan Saham IPO Melalui CIMB Bagi Individu

  1. Layari pautan CGS-CIMB iTrade:  https://www.eipocimb.com/
  2. Pilih IPO yang diinginkan untuk melihat ringkasan IPO.
  3. Log masuk sebagai ahli berdaftar CGS-CIMB iTrade.
  4. Masukkan ID Pengguna serta kata Laluan dan klik Log Masuk.
  5. Lengkapkan borang permohonan eIPO.
  6. Aturkan pembayaran dengan memilih institusi kewangan yang dibenarkan dan masukkan nombor PIN dagangan sebelum menghantar permohonan.
  7. CGS-CIMB Securities Sdn Bhd – atau satu parti, bagi pihaknya – akan mengeluarkan resit pengesahan untuk permohonan eIPO yang dihantar.
  8. Status permohonan eIPO boleh disemak dengan melihat Status Permohonan eIPO selepas tarikh tutup setiap IPO.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT PENGELUARAN ASB ONLINE 2022(Login MyASNB.COM.MY)

 

Leave a Comment