SEMAK RESULT SPM 2023

SEMAK KEPUTUSAN & MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN PENUH

Kepada Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPM masing-masing. Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara semak result SPM, semoga membantu.

TARIKH SEMAKAN RESULT SPM 2023

Dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 akan diumumkan pada tarikh berikut.

  • Tarikh: 27 Mei 2024 sehingga 2 Jun 2024
  • Masa: 10.00 Pagi

CARA SEMAK RESULT SPM 2023

Untuk membuat semakan keputusan, calon sekolah dan calon persendirian boleh menggunakan kaedah berikut:

  1. Semakan SPM Secara Online
    • layari pautan myresultspm.moe.gov.my
    • Pautan mulai dibuka pada 27 Mei 2024 pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024
    • Sistem semakan online bukan untuk cetakan slip keputusan peperiksaan. Calon perlu hadir ke sekolah bagi mendapatkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.
  2. Semak Melalui SMS
    • Menerusi khidmat SMS uNtuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
    • Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 Pagi, 8 Jun 2023 (Khamis)
  3. Hadir Ke Sekolah
    • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024
    • Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos

CARA MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN SPM PENUH

Berikut dikongsikan cara muat turun slip keputusan SPM untuk rujukan ibu bapa dan calon.

  1. Slip keputusan awal boleh dimuat turun pada (akan dikemaskini kemudian) melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.
  2. Manakala Slip Keputusan Penuh hanya boleh dimuat turun mulai selepas 4 hari pengumuman keputusan di laman web myresult3.moe.gov.my
  3. Bagi calon STAM, sijil / pernyataan / keratan keputusan akan dicetak oleh BPM dan pihak JPN / PPD / sekolah akan menguruskan penghantaran secara pos ke rumah kepada calon.

CARA BUAT PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM

Bagi pelajar yang rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh, anda boleh memohon semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM. Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM.

  1. Permohonan online semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-
    • Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my
    • Pilih Menu Perkhidmatan
    • Pilih tab > Semak Semula
    • Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’
    • Nota:
      • Tarikh buka permohonan akan dimaklumkan oleh KPM dari semasa ke semasa.
      • Permohonan semakan semula untuk calon STAM adalah secara manual dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
      • Bayaran yang dikenakan RM100.00 setiap matapelajaran.
      • Keputusan permintaan/permohonan akan ditandatangani dengan surat rasmi dalam waktu dua (2) bulan dari tanggal tutup permohonan. Hasil semakan adalah muktamad dan rayuan yang berbeza tidak akan diterima.
  2. Semakan Semula Secara Manual

TARIKH PENGISIAN UPU ONLINE

Berikut adalah merupakan tarikh pengisian UPU online:Lepasan SPM :

  • 5 hari selepas keputusan SPM sebenar diumumkan.

  • Lepasan STPM/Setaraf : akan dikemaskini kemudian (Kecuali Diploma/Setaraf)

SOALAN LAZIM (FAQ) KEPUTUSAN SPM

  1. Bolehkan semakan semula keputusan SPM?
    • YA, semakan keputusan semula SPM boleh diboleh melalui pautan elp.moe.gov.my selapas dibuka tarikh permohonan
  2. Berapa lama tempoh jangka masa untuk dibuat semakan semula keputusan?
    • Anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM

ARTIKEL LAIN

2 thoughts on “SEMAK RESULT SPM 2023”

Leave a Comment