SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM SECARA ONLINE

PANDUAN SEMAKAN SEMULA SPM

Sekiranya anda adalah pelajar atau ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) terdapat kesilapan, maka anda berpeluang untuk membuat permohonan semak semula keputusan spm anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

TARIKH PERMOHONAN SEMAK SEMULA SPM

Tempoh permohonan semakan semula dibuka selama 30 hari bermula daripada tarikh pengumuman keputusan iaitu bermula 27 Mei 2024 sehingga 26 Jun 2024.

KADAR HARGA SEMAK SEMULA SPM

Caj RM100.00 dikenakan bagi setiap mata pelajaran

CARA PERMOHONAN SEMAK SEMULA SPM

Menurut Kementerian Pendidikan melalui Akaun Facebook Rasmi telah pun mengumumkan pelbagai kaedah untuk membuat semakan semula keputusan SPM.

Permohonan Semak Semula Spm Online

  • Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan 
  • Jika belum mendaftar, klik “Daftar Akaun” dan buat pendaftaran.
  • Log masuk dengan memasukkan emel dan kata laluan.
  • Buat permohonan untuk semakan semula.
  • Buat pembayaran seperti yang ditetapkan

Permohonan Semak Semula kes ‘T’ Spm Online

Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes ‘T’

  • Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan
  • Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  • Tiada caj dikenakan.
  • Sila isikan borang permohonan secara online.

Nota: Calon dikehendaki hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian bertutur / Ujian Mendengar / Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya ada.

Permohonan Semak Semula Spm manual

  • Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020).
  • Borang ini boleh didapati disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan.

Permohonan Semak Semula Spm Melalui Pos

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
  • Cek persendirian tidak diterima sama sekali.

PANDUAN & PROSES PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA SPM

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi oleh pelajar ataupun ibubapa, ia perlu disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan

sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan, Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan dengan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat.

Tulis perkataan “SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:

  • Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 8, Blok E11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA, (u.p.: Unit Menengah Atas)

KEPUTUSAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA SPM

Keputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. Keputusan yang dikeluarkan bagi semakan semua ini adalah sama ada:

  • Kekal: Slip keputusan sedia ada.
  • Berubah:
    – Calon sekolah: Hubungi sekolah asal
    – Calon persendirian: Hubungi Jabatan Pendidikan Negeri

Sekiranya pelajar and ibubapa ada sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Menengah Atas melalui talian 03-8884 3175/3357/3356 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui e-mel [email protected]

PERATURAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA SPM

Peraturan Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2019 yang para pelajar and Ibubapa perlu ketahui:-

  1. Pastikan pelajar dan ibubapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekaligus.
  2. Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.
  3. Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2019, markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.
  4. Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
    • Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
      • Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 8, Blok E11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA, (u.p.: Unit Menengah Atas)
  5. Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.
  6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  7. Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM SECARA ONLINE”

Leave a Comment