GETS 4.0 2022 (Permohonan Latihan Industri Untuk Graduan Anak Sarawak)

GETS 4.0 2022 (Permohonan Latihan Industri Untuk Graduan Anak Sarawak)

GETS 4.0

Kepada anak Sarawakyang Lepasan universiti,kini permohonan untuk Program GETS 4.0 telah dibuka. Graduan yang menetap di Sarawak dialu-aluakn untuk mengambil peluang ini.

Bagaimana cara membuat permohonan GETS 4.0? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU GET 4.0 

Program Graduates Enhancement Training Sarawak (GETS4.0)  Tawaran Latihan Industri Untuk Graduan Anak Sarawak . Program ini disasarkan menerusi strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak 2030 bagi mempromosikan program latihan indutri kepada semua graduan di negeri ini.

 

SYARAT KELAYAKAN GET4.0 2022

Kepada pemohoan yang ingin membuat permohonan haruslah menapati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Merupakan warganegara Malaysia dan rakyat negeri Sarawak
  2. Graduan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Degree) atau Ijazah Sarjana (Master)
  3. Berumur antara 23 hingga 35 tahun
  4. Tamat pengajian dengan CGPA 2.6 dan ke atas

 

KELEBIHAN PROGRAM GET 4.0

Sekiranya anda menyertai program ini, terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperolehi, antaranya ialah:

  1. 12 bulan on-job training dengan kerajaan, GLC, Private Agency
  2. Elaun bulanan RM 1,500
  3. Latihan Soft Skill disediakan

 

BIDANG LATIHAN PROGRAM GET 4.0

Terdapat 4 bidang latihan yang ditawarkan bagi menanamkan budaya penerapan teknologi dan penyelesaian digital dalam program ini seperti berikut:

  • Design thinking
  • Project management
  • Business Intelligence
  • Communication Excellence

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut dalam bentuk PDF untuk dimuat naik semasa membuat permohonan:

  • Resume
  • Transkrip Akademik

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM GETS 4.0

Bagi graduan anak Sarawak yang memenuhi kelayakan dan ingin membuat permohonan menyertai program ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Permohonan Program GETS 4.0
  2. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Pastikan maklumat yang isi betul dan tepat
  3. Muatnaik (upload) Resume dan Transkrip Akademik
  4. Setelah selesai semuanya, tekan Submit

NOTA: Pemohon yang tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh 3 bulan selepas permohonan boleh buat permohonan bagi pengambilan seterusnya.

 

MATLAMAT PROGRAM GETS 4.0

Berikut adalah merupakan matlamat program ini diperkenalkan:

  • Mempromosikan program latihan industri atau internship kepada semua graduan di Sarawak.
  • Memupuk kepimpinan digital dan budaya penerapan teknologi pada masa kini bagi setiap graduan.
  • Menyeru anak muda mengambil peluang menerusi agenda digitalisasi.
  • Menanamkan budaya penerapan teknologi dan penyelesaian digital
  • Tumpuan khusus dari segi kecekapan digital melalui latihan pekerjaan dalam usaha mencapai status Revolusi Industri 4.0 .

 

ARTIKEL LAIN

INSENTIF PTPTN ANAK SARAWAK: SEMAKAN PENGURANGAN BAYARAN BALIK PTPTN SEBANYAK 30%

2 thoughts on “GETS 4.0 2022 (Permohonan Latihan Industri Untuk Graduan Anak Sarawak)”

Leave a Comment