e-RECRUITMENT SARAWAK CARA DAFTAR LOGIN PERMOHONAN SEMAKAN TEMUDUGA (erecruitment.sarawak.gov.my)
Kepada penduduk warga sarawak yang ingin membuat permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan, anda kini boleh membuat permohonan secara atas talian melalui portal e-Recruitment Sarawak. Dini kami akan kongsikan carnay, semoga membantu.
APA ITU e-RECRUITMENT
e-Recruitment adalah salah satu inisiatif digital kerajaan negeri Sarawak. Ia merupakan sistem permohonan kerja atas talian bagi apa-apa jawatan di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Pelbagai kekosongan jawatan perkhidmatan awam dibuka kepada pemohon yang mempunyai kelayakan Ijazah, Diploma, STPM, Sijil atau SPM dan Sijil Kemahiran/ Tingkatan 3.
SYARAT PERMOHONAN E-RECRUITMENT SARAWAK
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan:
- Semua permohonan boleh dikemukakan SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
- Untuk pemohon yang mendaftar secara atas talian (online) (termasuk pemohon di kalangan pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat) adalah dikehendaki mengemukakan sijil/dokumen asal dan yang telah disahkan hanya sekiranya berjaya dipanggil untuk menghadiri temuduga seperti berikut:-
- Gambar berukuran paspot
- Kad Pengenalan
- Sijil Lahir
- Sijil-sijil Akademik
- Sijil Berhenti Sekolah
- Lain-lain dokumen/sijil yang perlu dan ada kaitan dengan permohonan
- Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah mengemukakan semua dokumen di atas dan dokumen berikut:
- Surat permohonan jawatan kosong melalui Ketua Jabatan dan ulasan sama ada beliau menyokong permohonan tersebut ataupun tidak
- Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini
- Laporan penilaian prestasi tahunan terkini
CARA DAFTAR e-RECRUITMENT SARAWAK
Sebagai pengguna kali pertama yangingin membuat permohonna, anda seharusnya daftar terlebih dahulu seperti berikut:
- Layari pautan e-Rucruitment: http://erecruitment.sarawak.gov.my
- Pada menu utama, klik pada Daftar
- Terdapat dua pilihan daftar akaun menggunakan pengenalan berikut:
- Mykad
- Non-Malaysian
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
- Profil Anda (semua ruangan wajib diisi)
- Maklumat Pilihan
- Pengesahan Nombor Telefon Bimbit (untuk penerimaan ko OTP)
- Email (pastikan email yang aktif untuk dibuat pengesahan)
- Pendaftaran anda telah selesai, sila semak email anda untuk pengaktifan akaun anda.
CARA DAFTAR e-RECRUITMENT SARAWAK
Setelah selesai proses pedaftaran, berikut adalah merupakan cara log masuk kali pertama:
- Layari pautan e-Rucruitment: http://erecruitment.sarawak.gov.my
- Pada menu utama, klik pada Log Masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah anda tetapkan.
- Anda dikehendaki untuk melengkapkan maklumat lain yang diperlukan seperti berikut:-
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Akademik
- Maklumat Aktiviti Luar
- Maklumat Tambahan
- Pengakuan Pemohon
- Pastikan kesemua maklumat dalam sistem e-Recruitment anda diisi dengan lengkap. Sekiranya data tidak berkenaan, sila pastikan anda memilih senarai pilihan ‘TIDAK BERKAITAN (N/A)’.
- Pemohon dikehendaki menanda (√) “Pengakuan Pemohon’ setiap kali menambah atau mengemaskini maklumat baru dalam akaun e-Recruitment masing-masing.
CARA PERMOHONAN e-RECRUITMENT SARAWAK
Setelah selesai anda melengkapkan maklumat lain yang diperlukan, anda boleh membuat permohonan. Berikut adalah merupakan caranya:
- Log masuk akaun e-Recruitment anda
- Klik pada Borang Permohonan dan kemudian klik ke Permohonan Jawatan untuk memilih jawatan yang diminati dan bersesuaian dengan kelayakan.
- Pilih jawatan yang dikehendaki dan klik butang ‘Kemaskini’.
- Lengkapkan semua maklumat yang bertanda merah * di menu utama sebelum membuat permohonan ‘on-line’ dan isi ‘TIDAK BERKAITAN (N/A)’ sekiranya maklumat yang dinyatakan tidak berkaitan.
- Butang ‘Kemaskini/Hantar’ untuk menghantar permohonan jawatan hanya akan dipapar di skrin sekiranya semua maklumat telah dilengkapkan.
- Sekiranya pemohon ingin menyemak status permohonan, klik butang ‘Borang Permohonan’ dan kemudian klik ke ‘Status Permohonan Jawatan’.
- Sekiranya status permohonan masih ‘Baru’, bermakna jawatan tersebut masih belum diproses ATAU jabatan yang mengiklan memproses jawatan kosong secara manual.
CARA SEMAKAN e-RECRUITMENT SARAWAK
Berikut adalah cara membuat semakan permohonan anda:
- Log masuk akaun e-Recruitment anda
- Klik pada semakan status, terdapat dua pilihan kenyataan iaitu:
- Sekiranya status permohonan bertukar ‘Memenuhi Kriteria Tapisan’, bermakna permohonan disenarai pendek dan mungkin akan dipanggil untuk temuduga. Semak jadual untuk pengesahan panggilan temuduga ataupun ujian bertulis. Klik ke butang ‘Jadual’ kemudian pilih jenis jadual yang dikehendaki samada ‘Jadual Ujian, Jadual AC, ataupun Jadual Temuduga. Status ‘Memenuhi Kriteria Tapisan’ tidak semestinya dipanggil temuduga.
- Sekiranya status permohonan bertukar ‘Tidak Memenuhi Kriteria Tapisan’, bermakna permohonan tidak menepati kriteria senarai tapis pihak kuasa melantik dan tidak disenarai pendek/tidak terpilih untuk ditemuduga.
ARTIKEL LAIN
GETS 4.0 2022 (Permohonan Latihan Industri Untuk Graduan Anak Sarawak)
Hi, i nak tanya lepas borang dah di isi, kemana hantar nye borang tu? Sebab kesemua laman suruh isi borang tapi tak sebut pun borang tu di hantar ke mana. Sekian Terima kasih.