Go Pinjam Customer Service Apply Touch n Go Pinjaman Tng Interest Rate
Pada 29 September 2023, TNG Digital Sdn Bhd memperkenalkan skim pinjaman peribadi GO pinjam melalui aplikasi Touch N Go e-Wallet. Skim ini menawarkan pinjaman segera dengan jumlah antara RM100 hingga RM10,000, dengan pembayaran balik secara fleksibel dan kadar faedah yang tinggi.
Cara Memohon Pinjaman GO pinjam Melalui Touch N Go e-Wallet:
- Buka aplikasi Touch N Go e-Wallet.
- Klik pada ikon “GOpinjam.”
- Masukkan pendapatan bulanan dan tekan “Calculate.”
- Pilih jumlah pinjaman dan tempoh pembayaran.
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Pilih akaun e-Wallet atau akaun bank sebagai akaun penerima pinjaman.
- Klik “Mohon Pinjaman Anda” untuk menghantar permohonan.
Syarat Kelayakan Pinjaman GO pinjam:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 21 hingga 63 tahun.
- Pendapatan minimum sekurang-kurangnya RM800 sebulan.
Cara Semak Kelayakan:
- Buka aplikasi Touch N Go e-Wallet.
- Klik “GOpinjam.”
- Masukkan jumlah gaji bulanan.
- Tekan “Calculate” untuk melihat jumlah kelayakan pinjaman.
Kadar Faedah GOpinjam: Kadar faedah adalah antara 8 hingga 36 peratus, bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pembayaran.
Proses Pinjaman GOpinjam:
- Proses pertama untuk pemohon baru mengambil masa 24 jam.
- Pemohon yang pernah membuat pinjaman sebelumnya hanya memerlukan 5 minit untuk kelulusan.
Boleh Ke Buat Early Settlement Go Pinjam Touch n Go?
Early Settlement: Pemohon boleh membuat penyelesaian pinjaman lebih awal tanpa caj tambahan.
Membatalkan Permohonan: Permohonan yang telah diluluskan boleh dibatalkan dengan mengklik “Bukan Sekarang” dalam tempoh 30 hari selepas notifikasi tawaran.
Cara Pembayaran Pinjaman Go Pinjam Touch n Go
- Menerusi aplikasi TNG e-Wallet.
- Melalui mesin ATM CIMB Bank.
FAQ:
- Masuk Rekod CCRIS dan CTOS: GOpinjam akan masuk rekod CCRIS dan CTOS, memberi impak kepada rekod kewangan peminjam.
- Jumlah Pinjaman: Antara RM100 hingga RM10,000, tertakluk kepada pendapatan bulanan.
Hubungi:
- TNG Digital: +603 5022 3888 atau https://support.tngdigital.com.my
- CIMB e-Zi Tunai: +603 6204 7788 atau [email protected].
Silakan rujuk laman web rasmi dan pusat panggilan untuk maklumat terkini.
Artikel Lain
CARA SEND RECEIVE MONEY PACKET TNG (Hantar & Terima)