CARA SEND RECEIVE MONEY PACKET TNG (Hantar & Terima)

CARA SEND RECEIVE MONEY PACKET TNG (Hantar & Terima)

MONEY PACKET TNG

Touch ‘n Go baru sahaja memperkenalkan ciri Money Packet TnG yang membolehkan pengguna menghantar sejumlah wang kepada lebih seorang penerima dalam satu masa dengan amaun yang dibahagikan secara rawak. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

APA ITU MONEY PACKET TNG

Money Packet merupakan satu ciri baru yang membolehkan anda untuk menghantar sejumlah wang kepada keluarga dan rakan-rakan. Jumlah amaun Money Packet akan dibahagikan secara rawak atau tetap. Ia merupakan cara yang lebih menarik untuk menghantar hadiah melalui Touch ‘n Go eWallet.

 

KELAYAKAN PENGGUNA MONEY PACKET TNG

Pengguna (“Penghantar”) yang melengkapkan pengesahan akaun (eKYC) layak untuk membuat Money Packet dan melakukan Pemindahan.

Pengguna boleh mengesahkan akaun eWalletnya melalui ‘Account Verification’ di halaman profil aplikasi.

 

CARA HANTAR MONEY PACKET TNG

Kepada anda yang ingin menghantar wang menggunakan Money Pocket, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi TnG eWallet di telefon anda
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Pada bahagian menu utama, klik pada transfer dan pilih pada Money PACKET
  4. Seterusnya klik pada Create Money Packet
  5. Isi butiran yang diperlukan seperti:
    • Jumlah penerima (2-100 penerima)
    • Jumlah amaun (RM1.00-RM1,000)
    • Ucapan
  6. Setelah lengkap klik pada Preview.
  7. Kemudian klik pada Create Money Packet dan masukkan PIN untuk pengesahan dan isi 6-digit OTP yang dihantar melalui SMS.
  8. Selesai, anda kini boleh berkongsi Money Packet melalui pautan (link) atau kod QR
  9. Untuk makluman anda, tempoh sah bagi setiap Money Packet adalah selama 24 jam dan jika ada sebarang baki wang yang tidak dituntut atau diagihkan, baki tersebut akan dipulangkan secara automatik.

Nota: Money Packet yang mempunyai status ‘In-Progress’ juga boleh dibatalkan pada bila-bila sahaja, selagi ianya tidak dituntut atau belum tamat tempoh.

 

SENARAI STATUS MONEY PACKET TNG

 Berikut adalah merupakan senarai status bagi setiap transaksi money PACKET iaitu:

Status  

Keterangan 

Pending 

Telah dibuat tetapi tidak sedia untuk dikongsikan 

In progress 

Aktif dan sedang berjalan 

Cancelled 

Telah dibatalkan sebelum tamat secara automatik dan terdapat baki wang untuk dipulangkan 

Fully claimed 

Telah dituntut sepenuhnya oleh penerima dan tiada baki wang untuk dipulangkan 

Ended 

Tamat selepas 24 jam tempoh sah dan terdapat baki wang untuk dipulangkan 

 

CARA SEMAK STATUS MONEY PACKET TNG

Anda boleh mencari aktiviti Money Packet masa lalu dan semasa di bawah bahagian ‘History’. Ketik pada aktiviti Money Packet untuk menyemak statusnya dan semua transaksi pemindahan yang berjaya di bawah bahagian ‘Leaderboard’.

 

CARA TERIMA MONEY PACKET TNG

Sekiranya anda ingin menerima money PACKET yang telah dikongsikan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Setelah anda menerima kod QR atau pautan Money Packet yang sah
  2. Buka aplikasi TnG eWallet anda
  3. Kemudian anda boleh menggunakan fungsi “Imbas” dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet untuk mengimbas kod QR atau klik pada pautan, dan ketik pada “Open Now” untuk menerima wang.
  4. Selesai

 

SOALAN LAZIM (FAQ) MONEY PACKET TNG

Baki Wallet yang manakah akan ditolak untuk membuat Money Packet?

  • Baki eWallet anda akan diutamakan untuk pemindahan ini. Jika baki eWallet anda tidak mencukupi, baki GO+ anda akan digunakan untuk melakukan pemindahan. Jika kedua-dua baki tidak mencukupi, anda perlu menambah nilai Wallet anda dan pastikan baki mencukupi sama ada dalam eWallet atau GO+ untuk membuat Money Packet.

Apakah perbezaan “Money Packet” dan “Transfer”?

  • “Money Packet” membenarkan anda untuk menghantar wang kepada lebih dari satu orang dalam satu masa dan amaun akan dibahagikan secara rawak atau tetap. Manakala, “Transfer” hanya membenarkan anda untuk menghantar wang kepada satu orang dalam satu masa.

Berapakah bilangan Money Packet yang boleh saya buat?

  • Anda boleh membuat sehingga sepuluh (10) Money Packet dalam satu masa, termasuk yang mempunyai status ‘Pending’ dan ‘In-progress’.

Berapa kali saya boleh menerima wang daripada setiap Money Packet yang diterima?

  • Anda hanya boleh menerima wang SEKALI sahaja daripada setiap Money Packet.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Money Pocket TnG, anda boleh melayari portal rasmi Touch n Go

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment