PERMOHONAN QR STANDEE TNG EWALLET (Pengguna Terima Bayaran)

PERMOHONAN QR STANDEE TNG EWALLET (Pengguna Terima Bayaran)

QR STANDEE TNG

Touch n Go eWallet telah kini menyertakan sebuah QR Standee percuma kepada para pengguna, sekaligus memudahkan pengguna dalam menerima bayaran di kedai dan sebagainya. Bagaimana cara untuk membuat permohonan OR Standee Tng eWallet? Disini kami akan kongsikan kepada anda.

 

APA ITU TNG eWALLET

Touch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang).Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD). TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.

 

PERKHIDMATAN TERSEDIA TNG eWALLET

TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

  • Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
  • Tambah nilai prabayar telefon anda
  • Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
  • Beli tiket wayang
  • Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect

 

KELEBIHAN QR STANDEE TNG eWALLET

QR Standee ini sangat berguna untuk pekedai dalam memudahkan menerima bayaran secara DuitNow atau melalui dompet digital TNG eWallet.

 

KADAR BAYARAN QR STANDEE TNG eWALLET

Tiada bayaran yang akan dikenakan, QR Standee ini diberikan secara percuma

 

CARA PERMOHONAN QR STANDEE TNG eWALLET

Kepada anda yang ingin mendapatan QR Stadee ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi TnG eWallet anda
  2. Pada menu utama, klik pada Tranfer
  3. Seterusnya klik pada Hantar pada aplikasi Touch n Go eWallet
  4. Kemudian klik Get It Now pada kenyataan Get a Free QR Standee delivered to you & Receive Payment easily
  5. .Seterusnya masukkan alamat perniagaan anda dan klik Submit
  6. Selesai, pihak Touch N Go eWallet akan menghantar QR Standee tersebut secara percuma kepada anda, tanpa sebarang kos.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) QR STANDEE TNG eWALLET

Adakah QR Stadee boleh digunakan untuk membuat pembayaran menerusi aplikassi lain?

  • Tidak, pembayaran QR Standee ini hanya boleh terima melalui bayaran daripada aplikasi touch n go sahaja. Ini kerana mengikut spesifikasi duitnow qr tersebut hanya terhad kepada aplikasi TnG eWallet sahaja.

Adakah QR Standee tersebut dicetak kekal?

  • Tidak, kod qr tersebut adalah sticker sahaja. Ini kerana fungsinya diletakkan kod qr dalam bentuk sticker adalah untuk memudahkan penukaran kod qr tersebut.

 

ARTIKEL LAIN

LOKASI TEMPAT JUAL KAD TOUCH ‘n GO BARU TnG NFC (Senarai Stesen Minyak)

1 thought on “PERMOHONAN QR STANDEE TNG EWALLET (Pengguna Terima Bayaran)”

Leave a Comment