CARA CLEAR STORAN TELEFON (WhatsApp Tiktok Telegram)

CARA CLEAR STORAN TELEFON (WhatsApp Tiktok Telegram)

CLEAR STORAN TELEFON

Pada masa kini penggunaan aplikasi sosial seperti Whatsapp, Telegram dan tik tok memang sudah sinonim dalam seseorang untuk berhubung, jual beli dan mendapatkan maklumat isu-isu semasa. Kebanyakkan akan menggunaka aplikasi ini sebab ianya adalah percuma dan hanya perlu guna internet sahaja.

Tetapi semestinya anda perasan bahawa aplikasi ini akan menyebabkan memori telefon cepat penuh. Sudah semestinya anda ingin mengetahui cara  untuk clea storan telefon anda tanpa hilang data, disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA TERJADI FULL MEMORI STORAN

Memori handphone anda menjadi full disebabkan terdapat banyak video dan gambar yang dikongsikan kerana ianya akan menggunakan ruang simpanan (internel store) handphone anda. Video yang saiznya lebih besar daripada imej pastilah memakan ruang yang lebih banyak. Jadi, penting untuk kita selalu padam cache ini supaya dapat menjimatkan storan.

 

CARA CLEAR STORAN WHATSAPP

Berikut adalah merupakan cara yang paling mudah dan telah diperkenalkan WhatsApp untuk clearkan storan iaitu:

  1. Buka aplikasi WhatsApp telefon anda samada di iOS atau Android
  2. Kemudian klik pada 3 titk sebaris (bucu kana atas) dan pilih settings.
  3. Seterusnya klik pada storage and data dan klik pada manage storage.
  4. Paparan akan menunjukkan segala fail bersaiz besar seperti video, fail, gambar dan sebagainya yang telah anda simpan atau muat turun. Ini termasuk fail yang sama telah dihantar banyak kali.
  5. Seterusnya anda hanya perlu pilih fail yang besar dan terus hapuskan jika tidak diperlukan.
  6. Selesai

Nota: Anda juga boleh menetapkan fungsi media auto-download kepada never. Dengan ini, tiada lagi media yang akan dimuat turun secara automatik ke dalam telefon anda.

 

CARA CLEAR STORAN TIK TOK

Berikut adalah merupakan cara yang paling mudah dan telah diperkenalkan Tik Tok untuk clearkan storan iaitu:

  1. Buka aplikasi TikTok di telefon anda
  2. Klik pada Profile
  3. Kemudian klik pada Settting and privacy. Scroll ke bawah dan klik pada Clear cache

Nota: Sekiranya tada sebarang pop-up atau notifikasi memberitahu anda bahawa cache anda telah dipadam, kembali ke profil lalu masuk semula ke tetapan untuk lihatnya. Jika cache anda kurang daripada yang asal, ini bermakna anda sudah berjaya clearkan storan anda.

 

CARA CLEAR STORAN TELEFON TELEGRAM

Berikut adalah merupakan cara yang paling mudah dan telah diperkenalkan Telegram untuk clearkan storan iaitu:

  1. Buka aplikasi Telegram di telefon anda
  2. Seterunya klik pada Settings > Data and Storage
  3. Pada bahagian Keep Media, pilih tempoh yang anda mahu.
    • Contohnya 3 hari, maka Telegram hanya akan menyimpan fail media tersebut selama 3 hari kemudian ia akan hilang daripada storan telefon.
  4. Jika anda tidak mahu tetapkan berdasarkan tempoh, anda boleh pilih untuk tetapkan berdasarkan saiz.
    • Di ‘Maximum Cache Size’ atau ‘Saiz Kac Maxima’, pilih antara 5GB hingga 50GB. Secara peribadi saya memilih 5GB kerana saiz itu sudah cukup besar. Jika fail mencecah lenih 5GB, Telegram secara automatik akan padam semua fail.

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI LOKASI OPPO SERVICE CENTER SETIAP NEGERI (Alamat & No Telefon)