LOKASI TEMPAT JUAL  KAD TOUCH ‘n GO BARU TnG NFC (Senarai Stesen Minyak)

LOKASI TEMPAT JUAL  KAD TOUCH ‘n GO BARU TnG NFC (Senarai Stesen Minyak)

LOKASI JUAL KAD TnG

Terkini Touch n Go Malaysia telah menaik taraf kad TNG dengan teknologi baru yang dikenali NFC dan ia sangat memudahkan penggunaannya dan mempunyai pelbagai kelebihan. Dengan pembelian kad Touch n Go baharu ini, anda boleh tambah nilai dengan hanya membuat sentuhan di belakang telefon anda sahaja.Disini kami akan kongsikan lokasi tempat jual kad TnG versi baharu di stesen minyak terpilih berdekatan anda, semoga membantu.

 

APA ITU NFC

“Near Field Communication” ataupun NFC merupakan kaedah menghantar data secara “wireless” dengan menggunakan gelombang radio. Kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara “wireless” daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit anda yang telah diaktifkan untuk penggunaan.

 

SYARAT PENGGUNAAN NFC

Sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan NFC ini, pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:

  1. Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYC
  2. Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain).
  3. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf

 

HARGA KAD TnG NFC

  • Sekeping kad TnG NFC ini berharga RM10.00 bagi reka bentuk generik.

 

CARA PEMBELIAN KAD TnG NFC

Anda boleh membuat pembelian kad TnG versi baharu ini melalui beberapa cara seperti berikut:

  • Aplikasi TnG eWallet
  • Kedai Touch ‘n Go
  • Stesen minyak terpilih di seluruh negara

 

SENARAI LOKASI JUAL KAD TnG

Berikut adalah cara untuk membuat semakan lokasi senarai stesen minyak yang menjual  kad TnG versi baharu yang anda boleh lawati:

  1. Layari pautan https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/participating-outlet/
  2. Senarai stesen minyak di seluruh negara akan dipaparkan
  3. Anda hanya perlu klik next untuk melihat laman seterusnya

Nota: Sekiranya anda masukkan nama negeri di bahagian “search outlet”, paparan akan menyatakan tiada hasil pencarian. Anda dinasihatkan untuk semak setiap laman untuk buat semakan penuh senarai stesen minyak di setiap negeri yang menawarkan kad TnG.

 

ARTIKEL LAIN

CARA REFUND DUIT DALAM KAD TOUCH n GO SECARA ONLINE (Rosak Hilang Expired)