BOOST Bank kini tersedia sebagai bank digital di Malaysia. Dengan penawaran kad debit percuma dan kadar keuntungan yang menarik, ia menawarkan penyelesaian perbankan digital yang selamat, ringkas, dan inklusif kepada semua rakyat Malaysia.
Cara Buka Akaun Anda boleh mendaftar dengan memuat turun aplikasi perbankan mudah alih BOOST Bank dari Google Play Store atau iOS App Store dan ikuti arahan langkah demi langkah yang dinyatakan. Untuk membuka akaun, anda perlu mempunyai akaun sedia ada dengan bank tradisional dan mendepositkan RM20 ke dalam akaun baharu untuk mengaktifkannya. RM20 ini adalah jumlah minimum yang diperlukan untuk mengekalkan akaun dan tidak boleh digunakan untuk memastikan akaun anda kekal aktif. Jika anda memutuskan untuk menutup akaun dalam tempoh tiga bulan selepas membukanya, pihak bank akan menggunakan RM20 sebagai yuran penutupan.
Proses onboard mungkin mengambil masa beberapa minit atau sehingga 24 jam. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencipta profil dengan BOOSTBank dan sahkan identiti anda untuk mendaftar untuk Akaun Simpanan-i.
Selain menampilkan ciri akaun simpanan, diikuti pembukaan sehingga 8 tabung – BoostBank turut memaklumkan dalam usaha menyediakan kad debit Boost buat pengguna. Langkah itu bagi memastikan perbelanjaan pengguna lebih lancar sekiranya terdapat gangguan capaian pada pembelian secara fizikal. Bagaimanapun, penampilan kad debit Boost masih tidak diketahui lagi tempoh pengenalannya. Sama-sama kita nantikan pada hari pelancaran kelak!
Muat turun Aplikasi BOOST Bank Semua urusan kewangan melalui BOOST Bank hanya boleh dilakukan melalui aplikasi rasmi bank ini. Untuk muat turun aplikasi bank digital ini ke peranti mudah alih anda, sila klik salah satu pautan di bawah:
- Google Play (Untuk pengguna Android)
- App Store (Untuk pengguna iOS)
Artikel Lain > PERMOHONAN PINJAMAN CAPITAL BOOST CREDIT (Senarai Dokumen & Terma)