CARA REFUND DUIT DALAM KAD TOUCH n GO SECARA ONLINE (Rosak Hilang Expired)
Sekiranya anda pengguna kad Touch n Go (TnG), mesti anda tertanya-tanya adakah baki dalam kad anda boleh direfund semula sekiranya kad tersebut hilang rosak dan sbagainya.
Sebenarnya baki dalam kad TnG anda boleh direfund semula. Disini kami kongsikan cara untuk untuk refund baki kad Touch n Go atau Plusmiles anda, semoga membantu.
KELAYAKAN UNTUK BUAT REFUND TnG
Sebelum anda hendak dapatkan refund baki dalam kad TnG atau Plusmiles, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu. Yang pertama ialah pihak Touch n Go atau Plusmiles hanya menetapkan hanya kad tertentu sahaja yang layak untuk mendapat refund iaitu ;
- Kad yang telah tamat tempoh (10 Tahun)
- Kad yang tidak sah
- Kad yang tidak aktif
- Kad yang rosak / patah
- Cip kad yang bermasalah
- IC kad yang diketahui no siri cip TnG
SYARAT PEMBAYARAN REFUND TnG
Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dengan syarat berikut:
- Pemegang Akaun Malaysia
- Sila pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
- Pembayaran e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
- Pemegang Akaun Asing
- Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT).
- Sila pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
- Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
- Touch ‘n Go eWallet
- Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
- Pembayaran e-Refund ke Touch ‘n Go eWallet hanya buat akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
CARA DAFTAR KAD TOUCH n GO
Untuk membuat refund baki kad TnG. Untuk langkah pertama anda dikendaki untuk daftarkan kad anda ke dalam portal TnG, berikut adalah caranya:
- Layari pautan portal TnG: https://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/register/card.do?execution=e2s1
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:\
- Card/Device Serial Nomber – No siri kad TnG
- Nationality –
- Identification Nombor
- Kemudian tekan Proced
- Setelah pendaftaran anda selesai, anda boleh tambah maklumat Kad TnG yang lain seperti Kad Pengenalan/Plus Miles dalam portal TnG.
CARA REFUND BAKI KAD TOUCH n GO
Setelah anda selesai masukkan maklumat kad TnG dalam portal Tng, berikut adalah cara untuk membuat refund duit dalam kad TnG anda:
- Layari pautan https://www.touchngo.com.my/customer-service/erefund
- Klik pada Touch n Go Card Related Charges
- Scroll ke bawah sehingan jumpa “Tekan sini untuk memulakan permohonan e-Refund anda”. Klik pada Tekan Sini.
- Pada paparan seterusnya, alengkapkan maklumat berikut:
- Card Serial Nomber (MFG No.) – Masukkan No siri kad TnGyang anda ingin refund (kad yang telah anda daftar di portal TnG sama ada kad TnG, Kad Pengenalan atau Plusmiles)
- ID Type – masukkan Jenis ID anda (Kad pengenalan/Passport)
- ID No – masukkan no pengenalan anda
- Seterusnya tekan Next
- Kemudian lengkapkan butiran peribadi anda, tekan Next
- Pada bahagian seterusnya:
- Refund Request: sebab ingin membuat refund
- Reason Code: pilih sebab anda
- Refund Payment Method: Anda boleh pilih sama ada Akaun Bank Atau e-Wallet
- Lengkapkan maklumat diperlukan dan tekan Submit
- Pastikan maklumat anda tepat, masukkan catcha yang tertera dan tekan Submit
- Print maklumat transaksi refund anda untuk rujukan.
- Permohonan e-Refund kad Touch ‘n Go anda akan diproses dalam tempoh (30) hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara renew kad Touch n Go, anda boleh hubungi:
- Emel: [email protected]
- Facebook and Twitter, @MyTouchnGo
ARTIKEL LAIN
CARA TOPUP KAD TOUCH ‘n GO BARU NFC (Tambah Nilai Online)
1 thought on “CARA REFUND DUIT DALAM KAD TOUCH n GO SECARA ONLINE (Rosak Hilang Expired)”