CUSTOMER SERVICE YES NUMBER(Cara Hubungi Terminate & Aduan)
Pada masa kecanggihan teklonogi, penggunaan Internet kini sudah menjadi keperluan. Apakah pilihan internet anda? Salah satu internet rumah yang akan menjadi pilihan adalah YES. Tetapi sekiranya talian YES anda bermasalah, seharusnya anda membuat aduan terhadap pihak YES. Disini kami akan kongsikan cara membuat aduan menerusi Customer Service YES Number,semoga membantu.
YES CUSTOMER SERVICE HOTLINE NUMBER
Berikut adalah merupakan talian Hotline bagi YES iaitu:
- Yes Care Center at 018-333 0000
- E-mel: [email protected]
WAKTU OPERASI YES CUSTOMER SERVICE
Berikut adalah merupakan waktu operasi bagi perkhidmatan Pusat perkhidmatan YES iaitu:
- Waktu panggilan dari 8 pagi – 11 malam setiap hari termasuk hujung minggu dan Cuti Umum
CARA HUBUNGI YES CUSTOMER SERVICE NUMBER
Berikut adalah cara membuat aduan/maklumbalas/pertanyaan secara panggilan:
- Hubungi: 018-333 0000
- Semua panggilan diuruskan oleh pegawai perkhidmatan pelanggan terlatih yang akan menjawab pertanyaan pelanggan
- Berikan segala maklumat yang diperlukan dan maklumkan permasalahan rangkaian YES yang anda hadapi.
- Pegawai tersebut akan membantu anda untuk menyelesaikannya.
CARA BUAT ADUAN YES
Sekiranya anda ingin membuat aduan, terdapat pelbagai cara yang tersedia antaranya ialah:
- Live Chat (Ask Sofia)
- Layari pautan Live Chat https://www.yes.my/support/offlinechat/
- Anda boleh terus live chat dengan Sofia (chatbot) untuk troubleshoot masalah internet anda.
- Anda boleh pilih kategori masalah yang anda nak selesaikan yang tersedia dan anda hanya boleh klik / taip mengikut arahan yang telah di set sahaja oleh pihak YES.
- Kebiasaan nya, semua pilihan yang ada dalam chat bot ini adalah dari jenis FAQ (Frequently Ask Question ) – soalan yang banyak di tanya kepada pihak YES.
- Email
- Email ke [email protected]
- Customer service akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah berkaitan internet yang anda hadapi
- Kesemua persoalan anda akan di ambil respon & di ambil tindakan oleh pihak YES.
CARA TERMINATE KONTRAK YES
Kepada anda yang ingin membuat permohonan membatalkan perkhidmatan YES, berikut adalah merupakan caranya:
- Emalkan permohonan terminate Yes 4G ke [email protected]
- Berikan no akaun dan Yes ID anda. Anda boleh perolehi no akaun anda di Portal Yes 4G dalam tab My Account. Berikan alasan ringkas mengapa anda ingin menamatkan langganan.
- Anda akan menerima borang terminate POSTPAID/PREPAID ACCOUNT CLOSURE REQUEST FORM) tersebut secara email.
- Isi Borang yang diberikan diberikan dengan lengkap dan tandatangan pada borang tersebut.
- Scan borang tersebut dan scan juga kad pengenalan anda depan dan belakang. Kemudian emel semula salinan kad pengenalan dan borang yang telah lengkap diisi dan ditandatangani.
- Borang hendaklah dihantar sekurang-kurangnya 7 hari daripada tarikh bil anda.
- Setelah anda hantar salinan kad pengenalan dan borang penamatan, tunggu emel pengesahan daripada pihak Yes 4G dan tunggu sehingga tarikh bil anda.
- Pihak Yes 4G juga akan menghubungi anda untuk pengesahan permohonan penamatan anda. Akaun anda akan tamat secara automatik pada tarikh bil anda.
LOKASI SERVICE CENTRE YES
Untuk dapatkan lokasi yang berhampiran anda, and aboleh merujuk pada pautan di bawah:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkenaan internet YES, anda boleh layari web rasmi YES
ARTIKEL LAIN: