SPOT TEKUN NASIONAL (Permohonan Pembiayaan Online Sehingga RM10000)

SPOT TEKUN NASIONAL (Permohonan Pembiayaan Online Sehingga RM10000)

SPOT TEKUN NASIONAL

Bagi usahawan sektor informal yang memerlukan bantuan pembiyaan, anda boleh memohon inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional iaitu Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT). Disini kami kongsikan kepada anda cara membuat permohonan pembiayaan, semoga membantu

 

APA ITU SPOT TEKUN NASIONAL

Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) dalah skim pembiayaan yang diperkenalkan khusus kepada usahawan dalam talian bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Untuk pelaksanaan skim pembiayaan ini, sebanyak RM10 juta peruntukan tekah disediakan dengan sasaran 1,000 orang usahawan bakal menerima pembiayaan ini.

 

MATLAMAT PEMBIAYAAN SPOT TEKUN

Matlamat pembiayaan SPOT yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional adalah untuk:

  • Membantu usahawan sektor informal yang terjejas akibat pendemik wabak COVID-19 yang melanda negara.
  • Membantu usahawan informal yang kurang mendapat perhatian.
  • Menggalakkan usahawan sektor informal untuk mendaftar.
  • Membangunkan kapasiti dan daya saing usahawan.
  • Mendorong untuk anjakan daripada status perniagaan informal ke perniagaan berstatus mikro dan seterusnya ke kategori lebih tinggi.

 

TARIKH PERMOHONAN SPOT TEKUN

Kepada usahawan yang boleh membuat permohonan mulai 20 Ogos 2022.

 

KADAR PEMBIAYAAN SPOT TEKUN

Berikut adalah merupakan kadar pembiayaan yang ditawarkan:

  • Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM1,000 sehingga RM10,000.
  • Caj pengurusan akan dikenakan sebanyak 3% setahun dengan menggunakan konsep Tawarruq.

 

SYARAT KELAYAKAN SPOTTEKUN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada usahawan untuk membuat permohonan pembiayaan ini:

  • Terbuka kepada usahawan informal dan mikro (Bumiputera dan India).
  • Usahawan yang layak memohon adalah yang berumur 18 hingga 65 tahun.

 

CARA PERMOHONAN SPOT TEKUNNASIONAL

Kepada usahawan yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk membuat permohonan, berikut adalah caranya:

  • Permohonan pembiayaan ini boleh dibuat menerusi Pejabat Cawangan TEKUN (menerusi perkhidmatan di kaunter).
  • Senarai pejabat cawangan TEKUN boleh merujuk DI SINI https://www.tekun.gov.my/en/contact-us/state-offices-2/.
  • Pemohon boleh merujuk pejabat cawangan TEKUN Nasional untuk mendapatkan panduan permohonan.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SPOT TEKUN

Apakah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon melalui SPOT?

  • Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah layak memohon SPIN.

Berapa lamakah proses kelulusan SPOT?

  • Proses kelulusan adalah dalam masa 7 hari bekerja.

Adakah pembiayaan saya dilindungi insurans?

  • Pembiayaan SPOT dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk info dan maklumat lanjut mengenai SPOT TEKUN NASIONAL, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan TEKUN Nasional 03-90588550 atau layari laman web rasmi TEKUN NASIONAL 

 

ARTIKEL LAIN

GBP TEKUN NASIONAL (Permohonan Program Latihan Asas Keusahawanan Graduan)

Leave a Comment