MAE Akaun Enterprise(Cara Add Tambah)

Cara Tambah Akaun Enterprise Dalam Aplikasi MAE

Jika anda merupakan pelanggan Maybank, sudah semestinya anda menggunakan aplikasi MAE By Maybank di telefon anda bagi memudahkan urusan transaksi anda. Tetapi bagaimana cara menambah akaun perniagaan jenis Enterprise di dalam Aplikasi MAE Maybank? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk tambah akaun enterprise tersebut, semoga membantu.

Kelebihan Guna Akaun MAE Enterprise

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan MAE Maybank:

  • Senang digunakan
  • Hantar dan terima wang
  • Jejak setiap sejarah transaksi
  • Sahkan transaksi melalui Secure2u
  • Tubuhkan tabung untuk si
  • mpanan
  • Jejak perbelanjaan dengan Expenses
  • Split bill
  • Pautkan kad kesetiaan
  • Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan kad MAE

Muat Turun Aplikasi MAE

Seharusnya ada memuat turun dan intalls aplikasi MAE By Maybank di telefon anda bagi memudahkan urusan anda. Pautan muat turun seperti di bawah:

Cara Add Akaun Enterprise Dalam MAE

Apakah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menambah akaun perniagaan dalam Aplikasi MAE Maybank dengan lebih mudah?

  1. Tekan ‘Setting’ di bahagian atas sebelah kiri di bawah nama anda.
  2. Selepas itu, tekan ‘Switch’ di bahagian kanan dan pilih ‘Link M2U Access’.
  3. Masukkan nama pengguna dan kata laluan seperti biasa.

Jika akaun perniagaan anda adalah Sdn Bhd, anda perlu memuat turun aplikasi “M2U Biz” seperti biasa. Dengan aplikasi ini, anda boleh menambah banyak akaun Sdn Bhd menggunakan nombor kad pengenalan yang sama, sebagaimana yang telah tersedia sejak tahun lalu.

Cara Tambah 2 Atau Lebih Akaun Enterprise Dalam MAE

Sebenaranya untuk makluman anda, bagi penggunaan MAE ini adalah 1 akaun personal (1 aplikasi MAE) atau akaun syarikat (1 aplikasi MAE) di telefon anda. Tetapi sekiranya anda mempunyai akaun syarikat lebih darupada satu, terdapat pelbagai kaedah boleh digunakan tetapi sebanarnya ianya merumitkan anda seperti berikut:

  1. Unlink Akaun DI MAE
    • Untuk kaedah ini anda seharusnya unlink akaun yang telah didaftarkan di MAE dan kemudian barulah anda boleh link kan dengan akaun lain.
    • Tetapi bagi pengesahan akaun baharu tersebut nanti selepas di link kan adalah mengambil masa 12 jam untyuk aktifkan fungsi secure2u tersebut
  2. Guna aplikasi Clone (dual apps)MAE
    • Sekiranya telefon anda mempunyai fungsi clone ini, anda boleh gunakan kaedah ini untuk log masuk akaun personal dan akaun syarikat anda
    • Tetapi sekiranya anda mempunyai banyak akaun syarikat ianya agak menyukarkan juga keranan clone ini terhad kepada dua sahaja
  3. Guna pelbagai telefon
    • Cara ini amat menyenangkan tetapi ianya memerlukan pengguna telefon yang banyak.
    • Bayangkan anda mempunyai 5 akaun syarikat dan terpaksa menggunakan 5 telefon yang berbeza.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Maybank MAE Multiple Account, sila layari portal rasmi MAE Maybank

Artikel Lain> CARA SEMAKAN DIVIDEN & BAKI ASB GUNA MAE MAYBANK

Leave a Comment