CARA SEMAKAN DIVIDEN & BAKI ASB GUNA MAE MAYBANK

CARA SEMAKAN DIVIDEN & BAKI ASB GUNA MAE MAYBANK

SEMAKAN ASB GUNA MAE MAYBANK

Kepada anda yang mempunyai akaun ASB, kini anda boleh membuat semakan dividen menerusi aplikasi MAE Maybank. Dengan adanya kemudahan ini, maka anda tak perlu lagi untuk ke bank atau kiosk ASB. Semuanya boleh dilakukan secara omline sahaja.

Tetapi sebagai pengguna kali pertama, anda seharusnya pautkan (link) terlebih dahulu akaun ASB dengan aplikasi MAE. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU MAE MAYBANK

“Maybank, Anytime, Everyone” (MAE) adalah e-Wallet, yang membolehkan pelanggan membuka akaun Maybank eWallet dengan serta-merta di bawah Kerangka Pemindahan Kredit Interoperable (ICTF) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018.

 

KELEBIHAN APLIKASI MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan MAE Maybank:

  • Senang digunakan
  • Hantar dan terima wang
  • Jejak setiap sejarah transaksi
  • Sahkan transaksi melalui Secure2u
  • Tubuhkan tabung untuk simpanan
  • Jejak perbelanjaan dengan Expenses
  • Split bill
  • Pautkan kad kesetiaan
  • Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan kad MAE

 

CARA LINK AKAUN ASB DENGAN MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan cara untuk pautkan (link) akaun ASB dengan aplikasi MAE:

  1. Buka aplikai MAE Maybank di telefon anda dan log masuk ke dalam akaun anda
  2. Pada paparan utama, terdapat 2 titik masuk (butang Transfer atau Maybank2U) untuk pautkan akaun ASNB anda. Pada salah satu titik masuk untuk teruskan.
  3. Sekiranya anda tekan Transfer:
    • Klik pada ASNB dan pilih ASB Transfer.
  4. Sekiranya klik Maybank2U
    • Pergi ke Wealth, kemudiannya pilih ASNB Accounts.
  5. Seterusnya, semak dan pilih setuju untuk Terma & Syarat dan klik pada Agree & Link
  6. Sahkan pengesahan Secure2U dengan menekan butang Approve bila notifikasi muncul.
  7. Akaun ASNB anda kini berjaya dipautkan.

 

CARA SEMAK CARA SEMAK BAKI ASB GUNA MAE MAYBANK

Setelah anda berjaya pautkan akaun ASB anda, berikut adalah merupakan cara untuk membuat semkan dividen ASB anda:

  1. Log masuk aplikasi Maybank MAE di telefon bimbit anda.
  2. Klik butang Maybank2U di bahagian kiri bawah skrin.
  3. Pada laman seterusnya, skrol ke kiri untuk klik butang paling kanan (Wealth).
  4. Klik pada akaun untuk lihat butiran dengan lebih terperinci.
  5. Semua akaun ASB termasuk nombor akaun, jumlah baki akaun serta jumlah baki dividen bagi tahun sebelum ini akan dipaparkan.

 

CARA PENGIRAAN DIVIDEN ASB

Cara pengiraan dividen ASB adalah seperti berikut:

  • Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah di antara 1 hb sehingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • BMB baki setiap bulan akan ditentukan dahulu bermula Januari sehingga Disember (12 bulan)
  • BMB bagi setiap bulan akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 bulan (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan (juga dikenali sebagai Baki Minimum Tahunan)
  • Baki Minimum Tahunan yang diperoleh kemudiannya didarabkan dengan kadar dividen/bonus/bonus khas (terhad RM 10,000 pertama) untuk mendapatkan jumlah agihan pendapatan yang diperoleh
  • Maknanya bagi purata BMB 12-Bulan 10,000 unit pertama, maka pelabur layak menerima agihan pendapatan sebanyak 725 sen seunit bersamaan RM725.

Contoh pengiraan divideb ASB di bawah berdasarkan dividen di mana pengagihan pendapatan 7 sen + 0.25 sen:

  • Jika Ali ada ASBF 200K maka jumlah Dividen ASB beliau:
    • ASBF x (Dividen + Bonus) × 12/12
    • 200,000 × 7.25/100 × 12/12
    • RM14,500

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai semakan dividen ASB menggunan MAE Maybank, anda boleh merujuk pada pautan Link your ASNB accounts with MAE 

ARTIKEL LAIN

CARA KELUAR DUIT GUNA MAYBANK MAE (Tanpa Kad ATM)

Leave a Comment