CARA KELUAR DUIT GUNA MAYBANK MAE (Tanpa Kad ATM)

CARA KELUAR DUIT GUNA MAYBANK MAE (Tanpa Kad ATM)

KELUAR DUIT MAYBANK MAE

Kepada pelanggan Maybank, anda kini boleh mengeluarkan duit di ATM tanpa menggunakan Kad Debit Maybank menerusi aplikasi Maybank MAE. Disini kami akan kongsikan cara keluar duit Maybank MAE, semoga membantu.

 

APA ITU MAE

“Maybank, Anytime, Everyone” (MAE) adalah e-Wallet, yang membolehkan pelanggan membuka akaun Maybank eWallet dengan serta-merta di bawah Kerangka Pemindahan Kredit Interoperable (ICTF) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018.

 

MUAT TURUN APLIKASI MAYBANK MAE

Pelanggan Maybank boleh mengeluarkan duit tanpa menggunakan kad menerusi aplikasi Maybank MAE:

Nota: Ciri pengeluaran duit tanpa kad ini hanya disokong oleh aplikasi Maybank MAE sahaja dan tidak menyokong aplikasi Maybank2U.

 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN MAYBANK MAE

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan MAE Maybank:

  • Senang digunakan
  • Hantar dan terima wang
  • Jejak setiap sejarah transaksi
  • Sahkan transaksi melalui Secure2u
  • Tubuhkan tabung untuk simpanan
  • Jejak perbelanjaan dengan Expenses
  • Split bill
  • Pautkan kad kesetiaan
  • Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan kad MAE

 

CARA TETAPAN MAYBANK MAE (Withdraw Cash)

Untuk mengeluarkan duit menerusi aplikasi Maybank MAE ini, pengguna haruslah menyediakan tetapan terlebih dahulu sepertui berikut:

  1. Buka aplikasi Maybank MAE
  2. Pada menu utama klik pada Manage
  3. Buang salah satu Widget dengan klik pada ‘-‘ dan klik butang ‘+’ pada perkataan ATM Cash-Out serta klik Save Change.
  4. Kemudian, klik bahagian ATM Cash-Out, Tick pada I confirm that I have read the above and agree to the Terms & Conditions dan klik Confirm.
  5. Masukkan kod OTP yang diterima melalui telefon bimbit dan klik butang ✓
  6. Kemudian, klik butang Done untuk melengkapkan tetapan dan tunggu pengesahan sehingga 24 jam.

 

CARA KELUARKAN DUIT DI ATM GUNA MAYBANK MAE

Pastikan urusan tetapan anda dalam aplikasi Maybank MAE telah berjaya. Berikut adlaah merupakan cara untuk keluarkan duit di ATM:

  1. Pergi ke ATM berhampiran dengan anda
  2. Buka aplikasi Maybank MAE dan klik butang scan di bahagian tengah aplikasi.
  3. Scan QR kod di mesin ATM
  4. Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan.
  5. Klik butang Withdraw Now
  6. Duit akan dikeluarkan menerusi mesin ATM
  7. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai keluar duit guna MAE Maybank, sila layari https://www.maybank2u.com.my/mae

 

ARTIKEL LAIN

MAYBANK2U TAK BOLEH LOGIN (Kenapa Information not available?)

 

3 thoughts on “CARA KELUAR DUIT GUNA MAYBANK MAE (Tanpa Kad ATM)”

Leave a Comment