Phone Hilang (Cara Mengesan Hp Peranti Android / iPhone)

Phone Hilang (Cara Mengesan Hp Peranti Android / iPhone)

Phone Hilang

Pernahkah Phone Hilang (Cara Mengesan Hp Peranti Android / iPhone). Mungkin anda pernah mengalami situasi ini.Apabila situasi ini berlaku, anda boleh mengikut Langkah-langkah yang berikut:

 

  1. MUAT TURUN APLIKASI PENGESAN

  • perkara pertama yang anda perlu buat ialah memuat turun aplikasi “Google Find my device” Google Playstore.
  • disebabkan anda kehilangan telefon bimbit anda, maka anda perlu mengunakan peranti lain intuk sign in, jadi sila pilih “sign in as guest” untuk mulakan misi pencarian telefon bimbit tersebut.
  • Masukkan email anda password diruangan yang disediakan. Selepas tekan submit, aplikasi ini akan meminta permission daripada anda untuk mengakses peranti yang digunakan.
  • Ini bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengakses GPS yang digunakan sekarang. Pastikan anda menekan setuju.
  • Fungsi utama dalam aplikasi find my device ialah, anda akan dapat mengakses lokasi, jenis phone, keadaan bateri, penyedia perkhidmatan dan bantuan lain. Berikut pula merupakan perincian yang mungkin serba sedikit membantu anda.

Maklumat Penggunaan

Ikon berwarna hijau

  • Icon berwarna hijau itu menunjukkan dimana lokasi telefon bimbit anda. Jika ia bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain, ini bermakna telefon bimbit anda telah diambil orang lain.

Ikon berwarna biru

  • Ikon ini menunjuk dimana lokasi anda berada.

Google Map

  • Jika anda ingin mengejar atau ingin mengikuti jejak telefon bimbit ini menggunakan GPS, maka anda boleh klik di ikon google map untuk memulakan urusan pencarian.

Jenis telefon bimbit

  • Adakalanya satu email didaftarkan untuk lebih daripada satu peranti. Jadi mereka menyediakan perincian maklumat mengenai phone yang disyaki dicuri untuk rujukan anda.

Play Sound

  • Telefon anda akan berdering sekiranya menggunakan function ini.

 

Secure Device

  • Anda boleh lock telefon bimbit anda disertai dengan mesej dan akan dipaprkan di hp anda supaya dapat bantu untuk mendapatkan kembali peranti tersebut.

 

Erase Device

  • Sekiranya masih gagal dijumpai, fungsi ini sangat penting untuk dilakukan iaitu reset telefon bimbit anda agar maklumat-maklumat penting seperti gambar, no telefon, ewallet, dan maklumat peribadi lain terhapus sama sekali.

 

  1. Install aplikasi Find My Lost Phone

  • Aplikasi Find My Lost Phone ini merupakan sebuah aplikasi penjejakan lokasi telefon pintar yang disertakan pelbagai fungsi. Anda boleh menjejak telefon dengan menekan satu klik sahaja. Di samping itu, anda boleh mengunci telefon dengan empat angka kata laluan bagi menyukarkan suspek untuk membuka telefon pintar anda.
  • Aplikasi ini boleh digunakan walaupun tiada sambungan internet. Bunyi loceng akan dilaraskan ke tahap maksimum secara automatik supaya anda boleh dengar dengan jelas apabila diaktifkan. Anda boleh menyimpan lokasi telefon, kod laluan dan nombor IMEI pada telefon lain yang telah didaftarkan melalui bahagian Lock di aplikasi ini.
  • Penggunaan bateri yang sedikit oleh aplikasi ini dapat memanjangkan jangka hayat telefon anda untuk dijejaki. Aplikasi ini juga boleh menghantar lokasi baru telefon melalui sistem mesej automatik di sim kad baru yang dipasang oleh suspek. Sekarang anda boleh dapatkan aplikasi Find My Lost Phone di Google Play Store.
  • Cara untuk menggunakan Find My Lost Phone
  • Muat turun aplikasi Find My Lost Phone.
  • Log masuk emel anda yang sudah didaftar melalui aplikasi ini.
  • Lokasi telefon anda akan dipaparkan.

 

  1. Guna Lost Android

  • Ini sebuah aplikasi penjejakan telefon yang mudah dipakai. Anda boleh mengakses telefon yang sedang dijejaki dengan hanya menggunakan laman web aplikasi ini. Aplikasi ini memberikan fleksibliti kepada pengguna untuk mengawal telefon dengan pelbagai fungsi yang disediakan.
  • Anda boleh mengakses GPS secara terus untuk mengesan lokasi sebenar telefon pada ketika itu. Di samping itu, pesanan SMS boleh dihantar melalui laman web Lost Android ke telefon tersebut. Jika, ada orang yang menjumpai telefon tersebut, mereka boleh terus menghubungi anda selepas itu.
  • Terdapat fungsi text to speech yang membolehkan telefon anda membaca mesej dengan menggunakan suara. Sebagai contoh, anda telah tercicir telefon di kedai makan, kemudian anda boleh menghantar arahan ke telefon tersebut untuk membaca mesej yang dihantar. Jika anda berminat untuk menggunakannya, boleh muat turun aplikasi Lost Android di Google Play Store.
  • Cara untuk menggunakan aplikasi Lost Android
  • Muat turun Aplikasi Lost Android.
  • Buka aplikasi ini.
  • Tekan Request Administrator rights.
  • Lawati laman web Lost Android.
  • Log masuk akaun Google yang digunakan pada telefon yang dijejaki.
  • Anda sudah boleh mengakses telefon tersebut.

 

Sekiranya  Phone Yang Dicari Ditutup?

Tiada cara yang boleh dibuat jika data telefon yang offline atau telefon itu sendiri ditutup.Namun begitu ada beberapa trick yang sempat saya terokai untuk mencari jejak pergerakan telefon bimbit anda ketika dicuri atau hilang dan dibawakan ke tempat yang selamat. Ianya ialah dengan menggunakan Google Map.

  • Pergi ke laman web Google Maps untuk menjejak phone hilang tersebut.
  • Gunakan email anda sendiri bagi memulakan proses carian kerana hanya anda seorang sahaja yang boleh melihat hasil carian tersebut.
  • Klik pada menu your timeline. sila pilih “Your timeline” untuk memulakan proses menjejak.
  • Masukkan tarikh telefon bimbit anda hilang
  • Jika anda perasan terdapat banyak titik-titik merah didalam peta tersebut. Itu adalah tanda yang menunjukkan lokasi yang anda pernah kunjungi atau lebih tepat telefon bimbit anda.
  • Jika telefon bimbit anda dicuri atau diambil orang, anda akan dapat kesan pergerakan telefon bimbit anda sebelum internet dimatikan.
  • Disebelah atas merupakan tarikh phone hilang, disebelah kiri dan kanan pula adalah lokasi pergerakan berserta waktu pergerakan sekali.

Namun tiada jaminan untuk menjumpai. Tetapi ini adalah salah satu daripada usaha menjejak.

 

Pengguna iPhone

Bagi Pengguna iPhone, anda boleh gunakan Find.my.Namun pastikan anda aktifkan button Find.my untuk memudahkan kita untuk kesan lokasinya.

Namun semua yang ditunjukkan hanya boleh digunakan dengan syarat:

  • Ingat email yang connect pada playstore
  • Telefon hidup (kalau dah off tak boleh buat)
  • Internet phone on
  • Lokasi on

Sekiranya orang yang jujur ​​menemui telefon anda, diharapkan mereka akan menghubungi anda.

Sekiranya ianya terjatuh pada tangan pencuri, moga-moga ciri seperti di atas akan membantu kita mengesannya semula atau setidak-tidaknya melindungi data peribadi kita daripada disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Artikel Lain

Harga Skrin & Bateri Iphone (Semak & Check Ikut Model)

 

 

Leave a Comment