SENARAI LOGO HALAL DIIKTIRAF JAKIM (Bagi Barangan Import)

SENARAI LOGO HALAL DIIKTIRAF JAKIM (Bagi Barangan Import)

LOGO HALAL DIIKTIRAF JAKIM

Kepada umat islam sudah semestinya akan memilih makanan atau minuman daripada sumber yang halal serta bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, malah ia juga melibatkan pakaian, alat perhiasan, alat kosmetik dan sebagainya.Sila check LOGO HALAL DIIKTIRAF JAKIM

Khususnya negara bukan Islam, kewujudan restoran halal itu sangat sedikit dan kebanyakannya tertumpu di tempat-tempat yang penuh dengan pelancong sahaja dan ada sesetengah restoran mengambil kesempatan dengan menghidangkan makanan halal bercampur dengan makanan tidak halal serta menggunakan peralatan memasak yang sama.

 

APA ITU JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. Pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia

 

PERANAN JAKIM

  • Sebuah badan penyelaras pembangunan agama dan kemajuan ummah di Malaysia. Ia juga berperanan menjalankan penyelarasan hal ehwal agama dalam lingkungan sempadan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan dan berwaspada supaya tidak melanggar garis tanggungjawab yang menjadi hak pentadbiran pada peringkat negeri.
  • Sebagai urus setia bagi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). JAKIM turut mengendalikan tiga masjid utama di Malaysia iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
  • Bertanggungjawab terhadap penggubalan dan penyeragaman undang-undang syarak di Malaysia.

 

STATUS HALAL BARANGAN IMPORT

Pada dahulu kala lagi isu status halal daripada barangan import sering ditimbulkan. Ini kerana terlalu banyak makanan dan minuman yang telah di import dari luar negara dan dijual di dalam negara sehingga tidak pasti jika barangan yang kita beli itu memiliki logo halal yang disahkan oleh JAKIM atau tidak.

 

PASTIKAN LOGO HALAL DIKTIRAF JAKIM

Dengan adanya senarai logohalal yang diiktiraf JAKIM ini, anda tidak perlu lagi risau dengan status makanan dan produk yang dijual dipresmis ataupun pasaraya samaada dalam negara atau luar negara.

 

SENARAI LOGO HALAL DIIKTIRAF JAKIM

Berikut adalah merupakan senarai logo halal yang oleh jakim:

LOGO HALAL DIIKTIRAF JAKIM

Anda boleh memuat turun senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat 01 Disember 2020 di pautan ini https://www.halal.gov.my/v4/ckfinder/userfiles/files/cb2/CB%20LIST%201ST%20DEC%202020.pdf

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR HAJI GUNA KWSP (EPF HAJI REGISTRATION SCHEME)

1 thought on “SENARAI LOGO HALAL DIIKTIRAF JAKIM (Bagi Barangan Import)”

Leave a Comment