CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE GUNA SHOPEE

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE GUNA SHOPEE

ZAKAT FITRAH SHOPEE

Pada masa kini  pembayaran zakat fitrah kini boleh dibuat di Shopee. Namun buat masa sekarang, aplikasi ini hanya menyokong pusat zakat di bawah:

  • Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ)
  • Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)
  • Zakat Sabah (MUIS)

 

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Hukum zakat fitrah adalah wajib untuk diri dan keluarga atay tanggunggannya sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggunggannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
  • Mememluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

 

KADAR ZAKAT FITRAH

Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya.

Namun kadar ini berbeza mengikut negeri masing-masing. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk kadar zakat fitrah 2021.

NegeriKadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2021
PerlisRM7.00
KedahRM5.00/ RM7.00/ RM14.00 RM21.00
Pulau PinangRM7.00/ RM12.00 / RM16.00
PerakRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
SelangorRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Negeri SembilanRM7.00
MelakaRM7.00/ RM14.00
JohorRM7.00/ RM10.00
PahangRM7.00
TerengganuRM7.00
KelantanRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
SarawakRM7.00
SabahRM6.00/ RM7.50
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
RM5.00/ RM7.00 / RM14.00

Nota:

  1. Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka
  2. Contoh : Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya

 

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH DISHOPEE

  1. Buka aplikasi Shopee anda dan klik pada bahagian Deals, Top-Ups & Bills > Zakat Fitrah
ZAKAT FITRAH SHOPEE

2. Pilih pusat zakat negeri anda.

ZAKAT FITRAH SHOPEE

3. Pilih kadar zakat fitrah anda dan jumlah individu yang anda ingin bayar.

4. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, alamat emel, nombor telefon, dan alamat surat menyurat.

  1. Lafaz niat zakat fitrah anda sebelum membuat pembayaran.
    • Inilah wang {jumlah} sebagai menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diri saya / tanggungan saya pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
  1. Pilih kaedah pembayaran seperti di bawah:
    • Shopee Pay
    • Kad debit
    • Perbankan online
    • Pembayaran tunai di 7-Eleven

 

8. Selepas selesai, anda boleh memuat turun resit pembayaran zakat anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi SHOPEE

 

ARTIKEL LAIN 

SENARAI LOGO HALAL DIIKTIRAF JAKIM (Bagi Barangan Import)

2 thoughts on “CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE GUNA SHOPEE”

Leave a Comment