PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN BULANAN ZAKAT BAITULMAL MAIWP (Semak Tarikh Bayaran)
Kepada asnaf dan golongan yang memerlukan di sekitar Wilayah persekutuan, MAIWP masih membuka permohonan Bantuan Kewangan Bulanan.. Disini kami kongsikan cara permohonan, semoga membantu.
APA ITU BANTUAN KEWANGAN BULANAN MAIWP
Skim Bantuan ini merupakan salah satu skim bantuan yang membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan secara bulanan.
Golongan asnaf yang layak memohon adalah terdiri daripada kawasan:
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan
KADAR BAYARAN BANTUAN KEWANGAN BULANAN MAIWP
Kadar Bantuan Kewangan Bulanan yang diberikan kepada penerima yang layak adalah antara RM300 sehingga RM1,000 Sebulan. Ia berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf hidup pemohon.
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN BULANAN MAIWP
Berikut adalah merupakan antara syarat permohonan yang ditetapkan:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia sahaja
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan tertakluk kepada pengiraan had al-kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda menyemak dokumen yang dikehendaki adalah seperti berikut:
- Borang permohonan (Borang Bantuan)
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.[ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
- Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.[ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
- *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
- Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
- Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
- Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan
Keluarga bercerai. | Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini. |
Ahli keluarga telah meninggal dunia. | Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri. |
Saudara baru. | Satu salinan kad memeluk Islam. |
Orang Kelainan Upaya. | Salinan kad orang kelainan upaya (OKU). |
Pengidap sakit kronik. | Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja. |
Sedang mengikuti pengajian di IPT. | Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar. |
Keluarga bermasalah. | Satu salinan laporan polis/ surat penjara. |
Muflis. | Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi. |
CARA PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN BULANAN MAIWP
Kepada yang kelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan:
- Muat turun Borang Permohonan Bantuan Kewangan Bulanan
- Lengkapkan borang tersebut beserta dengan dokumen yang diperlukan.
- Hantarkan borang permohonan tersebut ke mana-mana kaunter Baitumal MAIWP yang berdekatan.
NOTA: untuk menyemak lokasi kaunter Baitulmal yang berhampiran, boleh rujuk DI SINI
CARA MOHON BANTUAN ASASI KASIH ASNAF ZERO HUNGER MAIWP
Berita gembira buat penerima bantuankewangan bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP akan menyediakan bantuan barangan asasi bernilai RM150 setiap bulan melalui e-wallet Boost.
Program ini akan dilaksanakan bermula 1 Jun 2022 melalui aplikasi e-wallet Boost.
Cara Permohonan:
- Bantuan ini disediakan kepada penerima bantuan bulanan sedia ada. Oleh itu tidak ada permohonan untuk bantuan ini.
- Penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP sedia ada perlu hadir ke Pusat Agihan Zakat MAIWP (PAZA) berdekatan bagi membuat semakan dan kemaskini maklumat iaitu nombor telefon akaun boost.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan bulanan MAIWP, anda boleh merujuk website Rasmi MAIWP
ARTIKEL LAIN
CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE GUNA SHOPEE
3 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN BULANAN ZAKAT BAITULMAL MAIWP (Semak Tarikh Bayaran)”